[én.tri] | اينتري
Definisi : (éntri) 1. perkara (butiran, maklumat, dll) yg dimasukkan ke dlm sesuatu senarai (rakaman dll): semua ~ disusun mengikut susunan abjad; 2. karya (ciptaan dll) yg dikemukakan utk menyertai sesuatu pertandingan dsb: drpd beratus-ratus ~ cerpen, hanya 13 buah sahaja yg berjaya memenangi hadiah anjuran ESSO-GAPENA; 3. kata atau ungkapan utama dlm kamus yg disusun mengikut urutan abjad yg disertai takrif dan maklumat lain spt kelas kata, etimologi dsb, kata masukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[én.tri] | اينتري
Definisi : /éntri/ kata atau ungkapan utama dlm kamus yg disusun mengikut urutan abjad yg disertai takrif dan maklumat lain spt sebutan, kelas kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)