Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fail] | فاءيل

Definisi : 1. kotak, sampul surat besar, kad berlipat, tempat surat dsb disimpan secara tersusun: surat-surat itu disimpannya hati-hati dlm ~; 2. maklumat atau dokumen tentang sesuatu perkara, seseorang, dsb; 3. (Komp) sekum­pulan data atau maklumat yg berkaitan dsb yg mempunyai nama tertentu dan dianggap sbg suatu unit storan;berfail-fail beberapa banyak fail: dia perlu menyemak ~ surat yg ada di atas mejanya sebelum pergi bercuti; memfailkan 1. memasukkan ke dlm fail, menyimpan dlm fail: tiap-tiap baucar itu dinombori dan difailkan; 2. mengemukakan sesuatu (permohonan, aduan dsb) secara rasmi supaya dapat didaftarkan: kami akan ~ notis utk mendapatkan satu tarikh perbicaraan; dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu di Mahkamah Shah Alam;pemfailan proses (perbuatan dsb) memfailkan: sistem ~ juga lebih baik kerana semuanya tersimpan di dlm komputer; ~ surat penting harus dibuat secara sistematik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fail] | فاءيل

Definisi : 1 tempat menyimpan surat-surat dll secara tersusun (biasanya dibuat drpd kertas tebal): Mana ~ ttg tuntutan kerja lembur itu? 2 sekumpulan data atau maklumat yg disimpan dlm komputer, yg berkaitan dan mempunyai nama atau rujukan tertentu, dan dianggap sbg satu unit. ~ aktif ist a. fail komputer yg sedang digunakan. b. fail komputer yg sering dirujuk. ~ sandar ist salinan fail (komputer) yg boleh digunakan utk menggantikan fail utama yg rosak, hilang atau terpadam. memfailkan 1 memasukkan (surat-surat dll) ke dlm fail; menyimpan di dlm fail: Kerani itu ~ semua surat yg diterimanya. 2 mengemukakan permohonan, dakwaan dsb secara rasmi utk direkodkan oleh pihak berkuasa tertentu: Dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu. pemfailan perbuatan atau proses memfailkan sesuatu: Sistem ~ di pejabatnya cukup teratur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fail


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Senarai terpilih fail-fail di Sekretariat Selangor 1875-1955Perpustakaan USMTiada1984 
Fail sulit presiden AmerikaWarner Business BooksTiada2012978-967-411-007-9
Fail DBP : Seminar mengajar bahasa asing secara pandang dengarPusat Dokumentasi MelayuTiada  
Fail DBP : Berita pekarja DBPPusat Dokumentasi MelayuTiada  
Fail DBP : Peraturan Perkhidmatan DBPPusat Dokumentasi MelayuTiada  
Fail DBP : Hadiah esei pilihan Dewan SasteraPusat Dokumentasi MelayuTiada  
Fail DBP : Undang Undang DBPPusat Dokumentasi MelayuTiada  
Fail DBP : Projek penggalakan penerbitan sasteraPusat Dokumentasi MelayuTiada  
Fail DBP: Akaun peruntukan 1977Pusat Dokumentasi MelayuTiada  
Fail DBP : Setor DBPPusat Dokumentasi MelayuTiada  
123456789

Kembali ke atas