Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.kus] | فوکوس

Definisi : 1. (Fiz) titik tempat sinar (cahaya, haba, bunyi) bertumpu atau tempat ia mencapah selepas pembalikan atau pembiasan; 2. tumpuan (perhatian, perbincangan, dsb): ada parti politik dan persatuan yg cuba memberi ~ kpd masalah ini; berfokus berpusat, tertumpu: bahasa yg kompleks yg kelihatan ~ pd isu atau tema semasa; memfokuskan 1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pd satu titik, menumpukan: apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata; 2. memberikan tumpuan (perhatian dsb) kpd, menumpukan perhatian kpd, menonjolkan: drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya; terfokus terarah pd suatu tujuan (sasaran, perhatian dsb), tertumpu: mataku ~ pd sehelai sapu tangan merah yg kini berada di genggaman pengetua; komitmen yg lebih ~ terhadap penggunaan sumber; pemfokusan perbuatan memfokuskan: ~ kpd sasaran ini ditinggalkan kpd para pengkritik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fo.kus] | فوکوس

Definisi : 1 ist satu titik dlm sistem optik tempat sinar bertumpu atau tempat sinar mula mencapah. 2 sesuatu yg menjadi pusat perhatian: Mereka menitikberatkan perkara yg menjadi ~ perbincangan pd hari itu. 3 tumpuan perhatian, perbincangan dsb: Dia memberikan ~ pd mata pelajaran Sains. berfokus berpusat; bertumpu: Perbincangan itu ~ pd isu moral para remaja. memfokus membuat tumpuan pd satu titik atau pd satu objek: Kamera itu dpt ~ secara automatik. memfokuskan menjadikan cahaya bertumpu ke satu titik (dgn menggerak-gerakkan kanta dll). terfokus 1 tertumpu pd sesuatu yg diperhatikan: Mataku ~ pd tompokan darah di lantai. 2 tertumpu pd sesuatu sasaran: Usaha dan tindakan yg diambil mestilah ~ agar matlamat dpt dicapai. pemfokusan perbuatan, proses dsb memfokus atau memfokuskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fokus


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Fokus peperiksaan bahasa Melayu PMRPenerbit Fajar BaktiTiada1992967-65-2087-X
Fokus masteri bahasa Melayu kbsm tingkatan 3Penerbit Fajar Bakti Sdn BhdTiada20049789676576170
Fokus masteri: bahasa Malaysia tingkatan 2Penerbit Fajar Bakti Sdn BhdTiada20039789676566010
Fokus, Sept - Dis 2007Karangkraf Sdn. Bhd.1 August 200720071675-0462
Fokus reka bentukDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1995983-62-4544-8
Fokus, Jan - Jul 2007Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1 January 200720071675-0462
Fokus, Mac - Ogos 2006Karangkraf Sdn. Bhd.1 March 200620061675-0462
Fokus Tiada  
Fokus - Usman Awang Tiada1983 
FokusRadio Televisyen MalaysiaTiada1985 
123

Kembali ke atas