Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ha.ru] | ݢهارو

Definisi : kayu yg harum (berasal drpd pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis);~ badak sj tumbuhan (pokok renek), gembadak, sepucat, Phyllochlamys wallichii; ~ dibakar kemenyan berbau prb orang yg menunjukkan kelebihannya supaya dipercayai orang; spt buku ~ prb memperlihatkan kecekapan apabila tiba masanya; sudah ~ cendana pula (sudah tahu bertanya pula) prb orang yg berlagak tidak tahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ha.ru] | ݢهارو

Definisi : , = kayu ~ kayu yg harum baunya yg biasanya diperoleh dr pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaharu

Puisi
 

Sungguh harum bau gaharu,
     Tidak samalah dengan cendana;
Sungguh banyak orang yang baru,
     Tidaklah sama orang yang lama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sukakan gaharu kerana baunya,
     sukakan guru kerana ilmunya.

Bermaksud :

Sukakan kepada sesuatu itu kerana faedah yang dapat diperoleh daripadanya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Transforming Malaysian Gaharu Industry with Science, Technology and InnovationDewan Bahasa dan PustakaTiada2015978-983-49-0008-3

Kembali ke atas