Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.jat] | حاجة

Definisi : 1. keinginan, kehendak, maksud, niat, tujuan: hampalah hatinya kerana ~ tak sampai; ~ Badri hendak memperisterinya ditolaknya dgn baik; 2. keperluan, sesuatu yg diperlukan; ada ~ Jk mengadakan kenduri utk men­doakan supaya selamat; doa (sem­bah­­yang, solat) ~ doa (sembahyang) khusus kerana memohon supaya Tuhan me­mak­bulkan se­suatu permintaan; qada ~ buang air besar; menyempurnakan (membayar, menu­nai­kan) ~ menyampaikan niat (biasa­nya mengadakan kenduri); ~ seni = ~ kecil buang air kecil; berhajat 1. bermaksud, berniat (akan), mem­punyai keinginan: saya ~ hendak menemui tuan; sudah lama dia ~ hendak datang; 2. = berhajatkan memerlukan: manusia se­lama-lamanya ~ kpd pertolongan Allah; mungkin ia ~ pertolongan kita; menghajati mengharapkan, mengingini: dia berharap apa yg dihajatinya akan berhasil; menghajatkan menghendaki, memerlukan: anak itu sudah dewasa tidak ~ perlindungan orang tuanya lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.jat] | حاجة

Definisi : sesuatu yg dikehendaki; kehendak; maksud; tujuan: ~ku ke sini hendak berjumpa dgn pengurus bank. berhajat mempunyai hajat; bermaksud; berniat; bertujuan: Dia ~ hendak berjumpa dgn ketua saya esok utk meminta kerja. menghajati 1 mempunyai hajat utk mendapatkan (memiliki) sesuatu; meng­ingini sesuatu; berhajat akan: Pengemis itu ~ sesuap nasi dan seteguk air. 2 memerlu­kan atau menghendaki sesuatu: Anak yg sudah besar itu tidak ~ bantuan orang tuanya lagi. Ketika itu manusia ~ seorang rasul utk membimbing mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hajat (kata nama)
Bersinonim dengan hasrat, keinginan, kehendak, cita-cita, niat, matlamat, maksud, tujuan, permintaan, doa;,
Kata Terbitan : berhajat, berhajatkan, menghajati, menghajatkan,

Puisi
 

Dari Pahang ke Kuala Lipis,
     Hajat hendak terus ke utara;
Masa bertentang mulutnya manis,
     Bila belakang lain bicara.


Lihat selanjutnya...(41)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Hajat ayahSaudara Sinaran BerhadTiada1966 
Hajat di hatiRhythm Publishing Co. Sdn. Bhd.Tiada1998983-137-173-9
Takungan hajatPenerbit Fajar Bakti Sdn BhdTiada1995967 65 3206 1
Ilmu hajat umum: ilmu gedjala hidupW. van Hoeve N.V.Tiada0000 
Majlis Sembahyang HajatDewan Bahasa dan Pustaka Wilayah TimurTiada2010 
Kursus sembahyang hajat, istikharah dan perkenan doaPenerbitan NottansTiada1980 
Ilmu hewan, ilmu kesehatan dari ilmu hajat untuk kelas 1.2.3. Tiada[t.thn.] 

Kembali ke atas