Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian depan perahu (kapal, bot dsb), lwn buritan: ia berdiri di ~ perahu; angin ~ angin yg datang dr depan (perahu dll); 2. yg terdahulu atau terdepan; ~ kata kata pendahuluan; 3. arah, hala, jurusan: mereka lari lintang-pukang tiada tentu ~nya; mengambil ~ mengarah ke; mengubah ~ mengubah arah; 4. cita-cita, maksud, tujuan: engkau datang ke negeriku ini apatah ada ~mu; berpaling ~ mengubah sikap dll; menukar ~ a) mengubah arah; b) menukar cita-cita (maksud, tujuan); 5. bahagian sebelah hadapan tubuh manusia, bahagian tubuh binatang dekat dgn kepalanya; ~ dempak = ~ pepat = ~ tegak haluan yg pepat; ~ hidup cita-cita hidup; ~ politik arah tujuan politik; ~ sembah NS pegawai yg menjadi perantaraan bagi orang yg hendak menghadap raja (undang); sehaluan searah, secita-cita, setujuan: mereka nampaknya ~ dan sefahaman; berhaluan mempunyai haluan: parti politik yg ~ kanan; menghaluankan mengarahkan, mencita-citakan, menujukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian depan perahu dll: Dia berdiri di ~ perahu. 2 hala perjalanan dll; arah; jurusan: Mereka lari lintang-pukang tidak tentu ~nya. 3 sesuatu yg dihajati; maksud; cita-cita; tujuan. sehaluan satu atau sama hala; sehala; searah; setujuan (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haluan (kata nama)
1. Bersinonim dengan arah: hala, tuju, hadap, jurusan,

2. Bersinonim dengan tujuan: matlamat, maksud, cita-cita,

3. Dalam konteks perahu
bersinonim dengan bahagian depan
Berantonim dengan buritan

Kata Terbitan : sehaluan, berhaluan, menghaluankan,

Puisi
 

Haluan sarat banyak muatan,
     Nampak cahaya batu karang;
Tuan ibarat permata intan,
     Di mana tercampak di situ terang.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Kemudi di haluan,
     bergilir ke rusuk.

Bermaksud :

Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Haluan politik negara IndonesiaErlanggaTiada1987 
HaluanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1987 
HaluanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1985 
Dua haluanDewan Bahasa dan PustakaTiada1982 
Kitab haluan kebajikan (Al hadith) Tiada1511 
Dua haluanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1987 
Dua haluanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1985 
Dua haluanDewan Bahasa dan PustakaTiada1990983-62-0965-4
Harian Haluan 26 September 1978  
Harian Haluan 3 March 1992  
12

Kembali ke atas