Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.sil] | حاصيل

Definisi : 1 sesuatu yg diperoleh drpd se­suatu usaha, tanah, tanam-tanaman dll; pendapatan; perolehan: Getah dan bijih timah ialah ~ utama negara kita. 2 bayaran yg dikenakan oleh kerajaan atas barang-barang yg dibawa masuk ke dlm negeri, tanah, perniagaan dll; cukai; pajak: ~ negeri dipungut dgn ber­bagai-bagai cara. 3 ki sesuatu kebaikan dll yg terjadi sbg ekoran sesuatu perbuatan, usaha dll: ~ rundingan itu ialah perhu­bungan yg lebih baik antara kedua-dua buah negara. ~ bahagi angka yg diperoleh dgn membahagikan satu angka dgn angka lain. ~ buangan ist bahan yg terhasil dlm proses kimia tetapi tidak mempunyai kegunaan industri. ~ bumi hasil (spt bijih timah) yg diperoleh dr dlm bumi. ~ darab angka yg diperoleh dgn mendarabkan dua angka atau lebih. ~ hutan segala barang spt rotan, damar, kayu-kayan yg diperoleh dr tumbuh-tumbuhan di hutan. ~-mahsul berbagai-bagai hasil. ~ pertanian barang-barang yg diperoleh drpd usaha bertani. ~ sampingan hasil (bahan dll) yg diperoleh drpd proses penghasilan sesuatu bahan lain (hasil utama): Semasa tumbuh-tumbuhan membuat karbohidrat pd waktu siang, oksigen terbebas sbg ~ sam­pingan. ~ tanah a. cukai yg dikenakan pd tanah. b. hasil bumi. ~ utama hasil yg penting yg menjadi keutamaan dlm sesuatu pengeluaran. berhasil 1 ada hasilnya: Sawahnya kurang ~ tahun ini. 2 berjaya atau tercapai cita-cita dll: Cita-citanya utk menjadi doktor telah ~. menghasilkan 1 mendatangkan hasil; mengeluarkan hasil: Australia ~ kira-kira satu pertiga drpd jumlah eksport bulu biri-biri di dunia. 2 mencipta sesuatu: Beliau telah ~ lebih drpd dua puluh buah cerita pendek. 3 mendatangkan sesuatu kebaikan dll; membuahkan: Perkenalan itu telah ~ satu perhubungan yg mesra. penghasilan perbuatan (usaha, kegiatan) menghasilkan; pengeluaran: ~ minyak; Malaysia terkenal dgn ~ bijih timah dan getah. Kita telah mengkaji bahawa perubahan kimia diikuti oleh penyerapan atau ~ haba. penghasil orang, negara dll yg menghasilkan sesuatu; alat utk menghasilkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Puisi
 

Ayam ini ayam Melaka,
     Mari dijual ke Tanjung Pagar;
Kalau tuan ingin berniaga,
     Hasil negeri mahulah dibayar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Apa tampangnya,
     itulah tumbuhnya.

Bermaksud :

Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan. tampang = benih.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Hasil perumusan seminar pengembangan sastra IndonesiaPusat Pembinaan dan Pengembangan BahasaTiada1975 
Hasil perumusan seminarPusat Pembinaan dan Pengembangan BahasaTiada1977 
Hasil perumusan seminar pengembangan sastra IndonesiaPusat Pembinaan dan Pengembangan BahasaTiada1975 
Hasil mineralPenerbit PinangTiada19959830550192
Hasil dari hutan Tiada19879679521044
Hasil lautPenerbit PinangTiada19959830550214
Hasil ternakanPenerbit PinangTiada19959830550206
Hasil pelanconganPenerbit PinangTiada19959830550222
Hasil pertanianPenerbit PinangTiada 9830550230
Hasil sidang keenam belas majlis bahasa Indonesia-Malaysia di Yogyakarta Indonesia pada 16 hingga 21 Mac 1981Dewan Bahasa dan PustakaTiada1981 
123456

Kembali ke atas