Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.jau] | هيجاو

Definisi : 1. warna spt warna daun atau rumput (banyak peringkatnya); ~ bemban (warna) hijau yg pekat atau yg gelap spt bemban; ~ daun a) (warna) hijau spt daun; b) sj pigmen yg terdapat pd daun-daun yg hijau; ~ kepala itik Kl (warna) hijau kebiru-biruan; ~ laut hijau spt air laut; ~ muda = ~ pucuk pisang (warna) hijau yg keputih-putihan; ~ serindit (warna) hijau yg lebih muda drpd (warna) hijau pucuk pisang; ~ tua (warna) hijau yg kehitam-hitam­an; 2. ki masih mentah (dlm berbagai-bagai erti), kurang pengalaman: anak-anak itu masih ~, masih belum mengerti erti hidup; naik kuda ~ ki mabuk; menghijau 1. menjadi hijau (warnanya): padi sedang ~; 2. nampak hijau (warnanya): di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola Kolej Melayu ~ rata; menghijaukan menjadikan berwarna hijau, mewarnakan dgn warna hijau; kehijauan keadaan hijau: beberapa kawa­san yg dulunya megah dgn ~nya, kini telah berubah menjadi kawasan industri; kehijau-hijauan agak hijau warnanya: gas itu berwarna kuning ~ dan berbau sengit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.jau] | هيجاو

Definisi : warna spt warna daun. ~ laut warna hijau spt warna air laut. ~ muda warna hijau yg keputih-putihan. ~ pucuk pisang warna hijau spt warna pucuk pisang. ~ tua warna hijau yg agak gelap. menghijau 1 nampak berwarna hijau: Di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola ~ rata. 2 menjadi berwarna hijau: Pokok padi ~ di sawah. menghijaukan menjadikan berwarna hijau; mewarnai lukisan dsb dgn warna hijau. kehijauan 1 = kehijau-hijauan seakan-akan warna hijau; agak hijau warnanya. 2 keadaan atau sifat hijau: ~ sawah padi menenangkan fikirannya. penghijauan perihal atau perbuatan menghijaukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hijau
Rujuk :mentah

Puisi
 

Hijau-hijau daun keladi,
     Mari makan di pagi hari;
Hendak dikesal tak guna lagi,
     Cari lain sebagai ganti.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Air laut hijau siapa celup?

Bermaksud :

Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Hijau sang katakBerita PublishingTiada1981 
Hijau dalam warnaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1994983-62-4200-7
Hijau Kelon dan puisi 2002Penerbit Buku KompasTiada2002979-709-041-8
Hijau kelon dan puisi 2002KompasTiada2002979-709-041-8
Si hijau yang cantik : aneka sayuran daun hijau di IndonesiaYayasan Obor IndonesiaTiada1984 
Kapalangkasa hijau Tiada1978 
Semarak Hijau Tiada2014978-967-0731-08-7
Putik Hijau : kumpulan puisi remajaDewan Bahasa dan Pustaka Wilayah SelatanTiada2005 
Manusia hijau dan burung emasEastern Universities PressTiada1980 
Danau hijau [taipskrip] Tiada[t.thn.] 
1234567

Kembali ke atas