Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.na] | هينا

Definisi : 1. rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dll): mereka memandang kami sangat ~, macam anjing layaknya; 2. keji (perbuatan, kelakuan, dll), kurang sopan: perbuatan itu sangat ~ dan keji; ketahuan ~ mulianya mengetahui kedudukan yg sebenarnya; ~ budi kelakuan yg kurang baik; ~-dina = ~-lata = ~-leta = ~-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama, seia sekata; berhina; ~ diri merendahkan diri; menghina, menghinakan 1. memperlaku­kan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; terhina dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu; hinaan sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~; kehinaan perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll), kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~; penghinaan perihal menghina(kan): per­buat­an itu dianggapnya sebagai satu ~; ~ mahkamah (Udg) a) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah; b) per­lakuan biadab terhadap mahkamah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.na] | هينا

Definisi : 1 tidak mulia kedudukannya; rendah tarafnya: Mereka memandang kami sangat ~ spt anjing. 2 tidak sopan; tidak manis (bkn kelakuan atau perbuatan); keji: Perbuatan itu sangat ~. menghina memburukkan nama orang; mengeji; mencela: Tidak baik kita ~ orang. ~ mahkamah a. tidak patuh pd keputusan atau proses mahkamah. b. melakukan perbuatan biadab terhadap mahkamah. terhina telah dihina; berasa keji: Dia berasa ~ dikata-katai begitu. kehinaan keadaan hina; kekejian: Ia jatuh ke lembah ~. penghinaan perbuatan atau hal menghina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hina (adjektif)
Bersinonim dengan keji, tercela, tercemar, terkutuk, lata, buruk, kotor;,
Kata Terbitan : menghina, terhina, kehinaan, penghinaan,

Puisi
 

Anak Cina berbaju satin,
     Sudah satin jarang pula;
Hina saya kerana miskin,
     Sudah miskin dagang pula.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Kaduk naik junjung.

Bermaksud :

Orang hina merasa dirinya mulia.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Katak yang hinaTimur JauhTiada1981 
Inilah syair mengarak pengantin nyanyi ku semangat hayun budak yang terlalu indah citranya dan banyak pengajaran didalamnya dan besar faedahnya dunia akhirat bagi hamba yang hina lagi daifMaktabah al-Haji Abdullah bin Muhammad Nuruldin Al-RawiTiada1929 
Inilah syair mengarak pengantin nyanyi ku semangat hayun budak yang terlalu indah citranya dan banyak pengajaran didalamnya dan besar faedahnya dunia akhirat bagi hamba yang hina lagi daifMaktabah al-Haji Abdullah bin Muhammad Nuruldin Al-RawiTiada1929 

Kembali ke atas