Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hor.mat] | حرمت

Definisi : 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ per­buatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat); berhormat mempunyai kedudukan yg dihor­mati atau dimuliakan: Cikgu Amin seorang yg ~ di kampung itu; Yang B~ panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama ahli majlis mesyuarat undangan negeri atau parlimen atau orang-orang yg bergelar Datuk dsb; Yang Amat B~ panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, atau Ketua Menteri; berhormat-hormatan, hormat-meng­hor­mati saling memberi hormat; menghormati 1. memberi (melahirkan, me­naruh) hormat kpd: ~ ibu bapanya; hor­matilah orang tuamu; Rizal dihormati oleh seluruh bangsa Filipina; 2. menerima dan mematuhi (aturan dll), menghargai, men­junjung tinggi, memuliakan: aku ~ pen­dapatmu; ~ keinginanmu mencari sesuatu yg baru; Malaysia tetap ~ Perjanjian Bangkok; 3. disegani: ia seorang yg diper­cayai dan dihormati; ia dihormati dan di­takuti oleh anak-anak kapal; terhormat (yg) sangat dihormati: kepada yg ~ saudara Ahmad; utk pembesar-pem­besar digunakan sebutan yg ~; profesion yg penting dan ~; kehormat 1. yg dihormati dan diraikan: te­tamu ~ yg akan turut dlm rapat itu ialah Perdana Menteri; 2. yg dilantik kerana menghormati, yg diberikan sbg pernyataan hormat; ahli (anggota) ~ ahli (anggota) persatuan dll yg dilantik kerana jasanya dll; doktor ~ gelaran doktor yg diberikan utk menyatakan hormat; 3. yg jasanya tidak dibayar; bendahari (setiausaha dll) ~ pegawai persatuan yg bertugas tanpa dibayar; bayaran ~ wang sagu hati yg diberikan kpd seseorang (pengarang dll), honorarium; kehormatan 1. pemberian hormat (peng­hargaan dll): ia mendapat ~ menjadi ketua persidangan; perajurit yg gugur itu dike­bumikan dgn penuh ~; (per)barisan ~ (per)barisan utk menunjukkan hormat (kpd tetamu agung dll); bintang ~ pingat yg dikurniakan sbg pernyataan hormat (kerana jasa dll); (gelar) doktor ~ Id (gelar) doktor kehormat; gapura (pintu gerbang) ~ Id gapura (pintu gerbang) yg didirikan utk me­nyambut orang besar dll; gelar ~ Id gelar sbg pernyataan hormat; 2. tumpuan hormat, (orang) yg dihormati: beliaulah ~ penduduk-penduduk di daerah ini; 3. Id yg dilantik kerana menghormati, kehormat; anggota ~ ahli kehormat; ketua ~ ketua kehormat; 4. kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggi­an: Majlis Raja-Raja bersidang kerana membincangkan perkara yg bersangkut dgn kebesaran, ~ dan kedudukan raja-raja; dia sekarang mengejar ~; 5. nama baik, harga diri: mempertahankan nyawa dan ~; ~ diri kemuliaan (kemegahan) atau nama baik diri seseorang; 6. kemurnian, kesucian (wanita): apabila seorang pemuda menceroboh ma­suk ke dlm tempat tidur seorang gadis dgn niat hendak mencabul ~nya, ia akan didenda 22 rial; penghormatan perihal atau perbuatan meng­­hormati, pemberian hormat: rukuk dan sujud merupakan ~ seseorang hamba kpd Tuhan­nya; ~ terakhir perbuatan memberikan peng­hormatan kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, mis menziarah, ber­tafakur dsb; penghormat 1. yg menghormati; 2. yg di­buat (dipakai) kerana menghormati: barisan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hor.mat] | حرمت

Definisi : 1 perbuatan yg menunjukkan rasa khidmat atau takzim kpd seseorang: Apabila guru masuk ke bilik darjah, murid-murid pun berdiri memberi ~ kpdnya. 2 menaruh atau memberi pengharga­an terhadap seseorang: Wajib kita ~ kpd ibu dan bapa kita. 3 sopan; santun; takzim: Budak itu sangat ~. berhormat 1 memberi hormat: Kita mesti ~ kpd guru kita. 2 diberi hormat; dihargai: Encik Ahmad tergolong dlm orang yg ~ di situ. Yang ~ gelaran yg diberikan kpd wakil-wakil rakyat. menghormati 1 memberi hormat kpd: ~ ibu dan bapa. 2 memuliakan; menghargai: Setiap bangsa di dunia ini mempunyai pahlawannya masing-masing yg sentiasa disanjung dan dihormati. terhormat dimuliakan atau dihormati: kpd yg ~ saudara Ahmad. kehormatan 1 pemberian kerana menghargai jasa seseorang; penghargaan: Sbg menghargai jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dikuniai ~ “Order of Merit” oleh Raja Inggeris dlm tahun 1907. 2 nama baik atau harga diri seseorang: menjaga ~ diri. 3 kebesaran atau kemuliaan raja-raja dll: ~ Raja-Raja Melayu. penghormatan perbuatan (cara, hal) memberi hormat atau menghormati. ~ terakhir perbuatan memberi hormat kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan. penghormat yg memberi hormat. kehormat 1 orang yg dihormati dlm majlis dll: Banyak tetamu ~ yg menghadiri majlis itu. 2 yg dilantik atau dipilih kerana menghormatinya: doktor ~. 3 orang yg jasanya tidak dibayar: bendahari ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Hormat Rafei, DatukDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Kunjungan Hormat Tn. Zhenjung Publishing dan Lawatan Pelajar Universiti Jepun ke DBPDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015 
Kunjungan hormat SN Datuk Baha Zain kepada KPDBPDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Kunjungan hormat Pengurusan DBP ke Angkasapuri (RTM)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Kunjungan hormat KPDBP ke rumah Hj Abd Rahman RukainiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Kunjungan Hormat Ketua Pengarah DBP Dengan Menteri Besar KelantanDewan Bahasa dan Pustaka Wilayah TimurTiada2009 
Kunjungan Hormat Menteri BesarDewan Bahasa dan Pustaka Wilayah TimurTiada2007 
Kunjung hormat KP ke JPADewan Bahasa dan PustakaTiada2006 
Kunjungan hormat KPD ke TV3Dewan Bahasa dan PustakaTiada1994 
Kunjungan hormat Pengurusan Tertinggi DBP dengan Perdana Menteri di Putra JayaDewan Bahasa dan PustakaTiada2002 
12

Kembali ke atas