Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ik.lim] | اقليم

Definisi : 1. keadaan cuaca (suhu, hujan) dlm jangka panjang di sesuatu tempat: Asia Tenggara boleh dibahagikan kpd tiga kawasan ~; ~ dingin (kawasan) berhawa dingin; ~ panas = ~ tropika (kawasan) berhawa panas; ~ sederhana (kawasan) berhawa sederhana (tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk); 2. ki suasana, keadaan: ~ politik negeri itu sudah mulai panas; pertama, bagaimana negara-negara selatan boleh mendapat manfaat pertumbuhan ekonomi utk pembangunan mereka dlm ~ antarabangsa yg semakin memusuhi mereka; ketidakpastian terhadap ~ pelaburan; beriklim mempunyai iklim: ~ panas (sejuk, dingin); keikliman perihal iklim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ik.lim] | اقليم

Definisi : keadaan cuaca (hujan, suhu, angin dsb) yg biasa di sesuatu tempat: ~ di negara kita ini panas dan lembap. ~ kebenuaan iklim di pedalaman benua yg mempunyai ciri-ciri spt bezantara suhu yg besar, hujan yg kurang dan anginnya kering. ~ khatulistiwa iklim di kawasan khatulistiwa (antara garisan lintang 0o hingga 10o utara dan selatan garisan khatulistiwa) yg mempunyai ciri-ciri spt bezantara suhunya 1oC hingga 2oC, anginnya tenang dan hujan yg lebat turun sepanjang tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iklim (kata nama)
1. Bersinonim dengan cuaca: hawa, udara, suhu,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan suasana, keadaan.,



Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Iklim, tanah dan pengeluaran tanaman di kawasan tropika lembapPenerbit Fajar BaktiTiada19830195831187
Iklim dan cuacaIstana NegaraTiada1992 
Iklim mikroDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1988983-62-0456-3
Iklim mikro : proses dan aplikasiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1995983-62-4271-6
Iklim bandar dan pencemaran udaraDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1975 
Iklim mikro proses dan aplikasiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1995983-62-4271-6
Iklim mikroDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1995983-62-4271-6
Iklim mikroi : proses dan aplikasiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1995983-62-4271-6
Kaji iklim gunaanPenerbit Fajar BaktiTiada19829679331032
Mengenal iklimDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1970 
123

Kembali ke atas