Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.sya.rat] | اشارت

Definisi : Ar 1. segala sesuatu (spt gerakan kepala, kejipan mata, lambaian tangan, dll) yg dilakukan sbg tanda, alamat: ia melambaikan tangannya memberi ~ masuk; 2. sl = ilmu ~ ilmu ghaib (sakti dll): tetapi lebih juga diajarnya akan Hang Tuah barang ilmu dan ~; maka dinaiki punggung gajah dgn ~, maka berapa pun digerak tiada juga berjalan gajah itu; berisyarat mempunyai isyarat; berisyaratkan menggunakan sesuatu sbg isyarat: aksi yg lebih banyak ~ kenyitan dan kerlingan; mengisyaratkan 1. memberi isyarat kpd, menggunakan sbg isyarat: ia diisyaratkan oleh ibunya utk memberi hormat kpd orang itu; 2. memberi isyarat (dgn): ketika aku hendak menyanyi tangannya diangkat ~ agar aku diam; 3. menggunakan sesuatu sbg isyarat: dgn dua helai daun kayu yg diisyaratkan sbg kepala bapa mereka, kedua-duanya akan terus berkelahi; terisyaratkan dapat diisyaratkan: kemungkinan sesuatu yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.sya.rat] | اشارت

Definisi : 1 segala sesuatu (spt gerakan kepala, lambaian tangan) yg digunakan sbg tanda; alamat: Dia memberi ~ dgn menganggukkan kepalanya. 2 = ilmu ~ ilmu ghaib atau ilmu sakti: Drpd guru itulah mereka belajar pencak silat, ~ hulubalang dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isyarat (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan tanda: alamat, bahasa badan, kiu,

2. Dalam konteks ilmu
bersinonim dengan ilmu ghaib, sakti, sihir, ilmu hitam.,



Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Isyarat: sajak-sajak (1974)Pustaka JayaTiada2000979-419-252-X
IsyaratIndonesiateraTiada2007979-775-027-2
IsyaratJabatan Penulisan U.M.Tiada1989 
IsyaratPustaka JayaTiada1976 
Pemprosesan isyarat berdigitPenerbit Universiti Sains MalaysiaTiada1996983-861-135-2
Bahasa isyarat komunikasi (masalah pendengaran) tahun 5 SK BTDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014978-983-46-1917-6
Bahasa Isyarat Komunikasi (Ketidakupayaan Pendengaran) Tahun 1 BADewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-49-1105-8
Bahasa Isyarat Komunikasi (Ketidakupayaan Pendengaran) Tahun 1 BTDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-49-1104-1
Bahasa isyarat komunikasi (masalah pendengaran) tahun 4 (buku teks)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013978-983-46-1331-0
Pemprosesan isyarat penurasan digitUniversiti Kebangsaan MalaysiaTiada19929679422186
12

Kembali ke atas