Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ti/] | ايتيق

Definisi : sj binatang yg lebih kecil drpd angsa, bebek; ~ manila = ~ mandarin, Aix galericulata; ~ nila = ~ surati itik ternakan Cairina moschata; ~ air = ~ berkek = ~ laut belibis (burung belebas); ~ berenang dlm air (di laut) mati kehausan prb menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi; ~ bertaji prb orang yg sangat penakut tetapi sombong; ~ tak sudu, ayam tak patuk prb sesuatu yg tidak berguna sama sekali; bagai ~ berebutkan tembolok prb perbantahan kerana sebab yg terlalu kecil; bagai ~ pulang petang prb (berjalan) sangat lambat; mengajar ~ berenang prb perihal membuat pekerjaan yg sia-sia; perkataan mengekor ~ jantan prb perkataan yg menyindir (sombong); spt ~ mendengar guntur prb mengharapkan keuntungan yg tidak tentu datang; tak ada ~ yg bertenger prb perkara yg mustahil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ti/] | ايتيق

Definisi : sj binatang yg lebih kecil drpd angsa dan pandai berenang; bebek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itik

Puisi
 

Itik-itik di Kampung Cina,
     Buah mempelam masak bercahaya;
Adik-adik abang bertanya,
     Berapa bulan kasihkan saya?


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Itik mendapat air.

Bermaksud :

Memperoleh sesuatu yan sangat digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(24)

239

Old habits die hard

Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Asal ayam hendak ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbangan

People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard.

Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : asal ayam hendak ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbangan .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Itik air dengan keliFEP International Sdn. Bhd.Tiada1979 
Itik gembor-gembor: antologi puisi kanak-kanak Tiada2013978-967-430-328-0
ItikDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1992983-62-3318-0
ItikPenerbit Pan Earth Sdn. Bhd.Tiada1992967-956-734-6
Itik.Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1999983-62-6205-9
Kenapa itik pandai berenangPenerbitan Pustaka AntaraTiada1980 
Anak itik hodoh Tiada1973 
Kenapa itik angsa lehernya panjang?Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada2004967-61-1547-9
Cerita itik di kolamDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20089789836295958
Anak itik yang baikDewan Bahasa dan PustakaTiada1982 
123

Kembali ke atas