Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.hil] | جاهيل

Definisi : 1. Ar tidak mengetahui (ajaran agama Islam, sesuatu hal, dll), bodoh: Dolah ~ dlm hal agama; 2. cetek pengetahuannya; ~ basit (orang yg) jahil tetapi sedar akan kejahilannya; ~ murakab (orang yg) jahil dan tidak pula menyedari kejahilan dirinya; ~ teropong Kl bodoh dan tidak mahu me­nerima ajaran-ajaran orang; ~ tukil Kl terlalu jahil; menjahilkan menjadikan (menyebabkan atau menganggap) jahil: janganlah begitu mudah kita ~ orang lain; kejahilan perihal jahil, kebodohan (dlm hal agama, sesuatu perkara, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.hil] | جاهيل

Definisi : 1 tidak mengetahui hukum atau ajaran agama Islam. 2 tidak mengetahui atau tidak memahami sesuatu hal; cetek pengetahuannya; bodoh: Ada orang yg ~ ttg bahasa, tetapi mengaku ahli bahasa. kejahilan keadaan atau hal jahil (dlm hal agama dll); kebodohan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jahil (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan buta huruf, buta hati, tidak berpendidikan, tidak berpengetahuan, tidak bertamadun.,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Jahil bin Othman Tiada  
Golongan jahil Bani IsrailDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20079789836294340
Golongan jahil Bani lsrailDewan Bahasa dan PustakaTiada1993983-62-3573-6
Golongan jahil Bani lsrailDewan Bahasa dan PustakaTiada1996983-62-3573-6
Golongan jahil bani IsrailDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993983-62-3573-6
Alim tetapi jahilPustaka AbadTiada1980 
Jangan beralasan anda jahil : Edisi kedua Tiada2004983-9384-31-7

Kembali ke atas