[ja.mi.nan] | جامينن
Definisi : 1. akuan menjamin, kesediaan menanggung sesuatu (akibat dll), cagaran, tanggungan; ~ bank (Eko) jaminan yg diberikan oleh pihak bank utk menjelaskan sesuatu hutang jika penghutang gagal berbuat demikian; ~ hak jamin hak; ~ hukum yg dijamin oleh hukum; ~ insurans (Eko) jaminan yg diberikan oleh pihak insurans utk memberikan ganti rugi jika pemegang insurans mengalami kemalangan, kerugian dsb; 2. janji: ~ Allah hanya dapat dicapai melalui syarat yg ditentukan oleh Allah; ikhlas telah dijadikan ~ kpd penerimaan segala amal ibadat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ja.mi.nan] | جامينن
Definisi : akuan menjamin; tanggungan. penjamin orang yg menjamin (ttg keselamatan, hutang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)