Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.na] | جان

Definisi : 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, ter­hasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) men­janakan atau menghasilkan sesuatu: cawang­an perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pem­bersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau hai­wan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk men­janakan (kuasa dll): alat ini mempunyai se­buah ~ haba serta saluran cecair ammonia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.na] | جان

Definisi : ; menjanakan menghasilkan; mengeluarkan: ~ kuasa elektrik. penjana alat utk menjanakan (kuasa). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jana
Kata Terbitan : menjanakan, terjana, penjanaan,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Jana dan TinaArus IntelekTiada19999831500024
Kersanis di Bukit JanaIJS CommunicationsTiada1983 

Kembali ke atas