[ka.bel] | کابل
Definisi : 1. tali yg tebal dan kuat yg diperbuat drpd sejumlah dawai yg dipintal; 2. berkas dawai bertebat yg digunakan sbg pembawa mesej telegraf dsb; ~ sepaksi sj kabel utk menghantar isyarat frekuensi radio; pekerja ~ orang yg kerjanya memasang kabel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ka.bel] | کابل
Definisi : 1 dawai besar yg kuat (terdiri drpd beberapa serat dawai yg lebih halus) utk menambat kapal, menyokong jambatan dll: kereta ~ pengangkut atau kereta yg digunakan utk turun naik bukit (dijalankan dgn kabel dan enjin). 2 gabungan dawai yg tertebat atau bersalut yg ditanam (di bawah permukaan bumi) atau dipasang di dasar laut utk perhubungan telefon atau telegraf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)