Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bi.nét] | کابينيت

Definisi : (kabinét) 1. badan eksekutif dan pembuat dasar sesebuah negara yg terdiri drpd para menteri kerajaan yg memerintah, jemaah menteri: satu sidang ~ dipercayai telah membincangkan mogok kereta api itu; 2. Id jabatan (terutama bagi presiden, perdana menteri dll): ~ Perdana Menteri; ~ kerja = ~ keahlian Id kabinet yg menteri-menterinya terdiri drpd pakar-pakar dlm sesuatu urusan kenegaraan; ~ koalisi Id kabinet yg menteri-menterinya merupakan ahli atau pemimpin dr beberapa parti (politik); ~ nasional Id kabinet yg terdiri drpd menteri-menteri yg mewakili sebahagian besar drpd parti-parti (politik); ~ parlementer Id kabinet yg menteri-menterinya dikemukakan oleh parlimen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bi.nét] | کابينيت

Definisi : (kabinét) 1. almari kecil yg bertingkat atau berlaci tempat menyimpan dokumen, surat dan barang-barang berharga, dsb: Saidin berdiri mengambil fail-fail dr dlm ~; 2. sj perabot (spt almari dsb) tempat menyimpan pinggan mangkuk dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bi.nét] | کابينيت

Definisi : /kabinét/ 1 kumpulan menteri yg diketuai oleh Perdana Menteri yg memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara: ~ bayangan kabinet yg dibentuk oleh pihak pembangkang dlm persediaannya utk mengambil alih kekuasaan jika menang dlm pilihan raya umum. 2 almari tempat menyimpan atau tempat mempamerkan barang-barang perhiasan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kabinet (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan portfolio: jabatan, jemaah menteri,

2. Bersinonim dengan perabot: almari, peti.,



Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kabinet-kabinet Republik IndonesiaPenerbit DjambatanTiada2003979-428-499-8
Kabinet - karyaPercetakan NegaraTiada1957 
Kabinet pembangunan v beserta buku alamat pejabat negara R.I. 1988 Tiada1972 
KabinetDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Kabinet runtuhDewan Bahasa dan PustakaTiada2003 
Menteri Kabinet 1957Dewan Bahasa dan PustakaTiada  
Laporan jawatankuasa kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaranKementerian Pelajaran MalaysiaTiada1982 
Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar PelajaranKementerian Pelajaran MalaysiaTiada1980tiada maklumat
Laporan jawatankuasa kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar PelajaranKementerian Pelajaran MalaysiaTiada1979 
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar PelajaranKementerian PendidikanTiada1988983-62-0048-7
12

Kembali ke atas