[ke.la.kar] | کلاکر
Definisi : jenaka, gurau senda, lawak, olok-olok, seloroh; berkelakar berjenaka, bergurau senda, berlawak, berolok-olok, berseloroh: ia ~ dan kami pun ketawa terbahak-bahak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.la.kar] | کلاکر
Definisi : Sr 1. perbualan; 2. omong kosong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.la.kar] | کلاکر
Definisi : perbuatan, kata-kata dsb yg dpt menggembirakan atau yg dpt menggelikan hati; jenaka; lawak; gurau senda: ~nya menyebabkan kami tertawa terbahak-bahak. berkelakar membuat kelakar; berjenaka; berlawak; bergurau senda: Pemuda yg kacak itu pandai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)