Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; sekelip; ~ mata sekejap mata (sekedip mata), sesaat: dgn ~ mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang; berkelip, terkelip tertutup sesaat sebelum terbuka semula (bkn mata), berkedip, terke­dip; tidak ~ tidak tertutup (mata) seketika pun (spt mata orang yg sedang merenung sesuatu); berkelip-kelip, terkelip-kelip kejam (pejam) celik dgn pantas (bkn mata), seketika terang seketika padam (bkn lampu), berkedip-kedip, terkedip-kedip (bkn mata, lampu, dll), gemer­lapan (bintang dll): matanya terkelip-kelip spt orang kesilauan; berkelipan berkilauan, gemerlapan: bintang-bintang nampak ~ di angkasa; mengelipkan; ~ mata mengejamkan mata sesaat sahaja (dan membukanya kembali), mengedipkan mata, mengejapkan mata; kelipan perihal berkelip, gerakan (mata) berkelip, kejapan (mata dll): bertemulah dua pasang mata tanpa ~, membayangkan isi hati; kerlip I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; berkelip, berkelip-kelip 1 sekejap terbuka sekejap tertutup (ttg lampu dsb); pejam celik (ttg mata dll): Tidak ~ matanya memandang muka Abdullah. 2 sekejap kelihatan bercahaya dan sekejap suram (bkn lampu dll); berkedip-kedip: Bintang kelihatan ~ di langit. berkelipan berkilauan; bergemerlapan: Bintang-bintang ~ di angkasa. mengelipkan menjadikan berkelip: ~ mata memejamkan mata seketika dan membukanya kembali; mengedipkan mata. terkelip, terkelip-kelip pejam celik (ttg mata); sekejap bercahaya sekejap suram (ttg lampu dsb); terkedip-kedip. kelipan gerakan pejam celik atau terbuka tertutup, kedipan: ~ mata; ~ bintang. sekelip; ~ mata sekejap mata; sesaat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelip I

Puisi
 

Kelip-kelip pergi ke dusun,
     Anak keling bergelang kaca;
Kalau tak mati kerana racun,
     Yang manis kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai kelip-kelip terbang malam.

Bermaksud :

Rahsia yang tiada dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kelip-KelipDewan Bahasa dan PustakaTiada2000 
Kelip-kelip pangkalan hantuPenerbitan Tra-TraTiada19839679391264
Sayang kelip- kelipDewan Bahasa dan PustakaTiada2015978-983-49-0144-8
Sayang kelip-kelipDewan Bahasa dan PustakaTiada2015978-983-49-0144-8
Bengkel Bercerita Kelip-Kelip DBPDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014 
Pesta Buku Antarabangsa KL 2016 (Persembahan Kumpulan Kelip-Kelip DBP)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2016 
Drama kelip kelapDewan Bahasa dan PustakaTiada1978 
Misteri kelip lampuUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada2000 
Misteri kelip apiUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada1996 
Malam Kelap KelipDewan Bahasa dan PustakaTiada  

Kembali ke atas