[ke.lua.ran] | کلوارن
Definisi : 1. yg dikeluarkan (dihasilkan): beliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dlm negeri; 2. yg diterbitkan (bkn buku, majalah, dsb): majalah ~ bulan lepas; 3. yg telah lulus dr (maktab dsb), yg terdidik atau terlatih di, lepasan: guru-guru ~ maktab latihan dan universiti; orang ~ a) orang yg tidak ada sangkut paut, orang yg tidak termasuk dlm atau berkaitan dgn sesuatu (perkara, kumpulan, dll), orang luar; b) sl orang yg di luar golongan (lingkungan) istana: akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pd hati beta tiada patut ia bersuami orang ~; ~ negara (Eko) jumlah nilai barang dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh unit ekonomi dlm sesebuah negara dlm satu tempoh tertentu, biasanya setahun; ~ negara bersih (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd kos faktor dlm satu tempoh tertentu setelah ditolak susut nilai; ~ negara kasar (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd harga pasaran dlm satu tempoh tertentu sebelum ditolak susut nilai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.lua.ran] | کلوارن
Definisi : (sesuatu) yg dikeluarkan, dihasilkan, diterbitkan dll: majalah ~ bulan Mei. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)