Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nang] | کنڠ

Definisi : timbul kembali dlm fikiran dgn rindu dll (sesuatu yg telah lama berlaku atau hilang drpd pandangan): kalau tidak ~ sekali, ~ sedikit ada jua; mengenang mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); mengenangkan 1. = mengenangi menim­bulkan kembali dlm fikiran (ingatan), mem­bayangkan kembali serta memikirkan, meng­ingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegem­biraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau men­jadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; terkenang; ~ akan = ~ kpd = terkenang­kan teringat akan (seseorang atau sesuatu) spt dlm keadaan sedang mengelamun, terbayangkan serta terfikirkan: kemudian dia terkenangkan malam indah yg dikecapi bersama-sama Iskandar di tepi pantai yg tenang; ia ~ kpd ayah dan ibunya yg telah meninggal; terkenang-kenang selalu terkenang (teringat) akan seseorang atau sesuatu; kenangan 1. apa yg dikenangkan atau yg timbul (terbayang) dlm ingatan: tiba-tiba ~nya bertukar kpd ibu bapanya di kampung; ~ si Tenggang melayang ke masa kecilnya; 2. hal (daya atau kemampuan) mengenangkan atau mengingati sesuatu; sudah luput drpd ~ sudah tidak dikenang atau diingati lagi; kenang-kenangan 1. segala sesuatu yg di­kenangkan (dapat dibayangkan kembali dlm fikiran), sesuatu yg (tetap) ada dlm fikiran atau ingatan: segala-galanya tinggal sbg ~ sahaja; 2. (menjadi) sesuatu yg dapat meng­ingatkan (seseorang) tentang sesuatu yg lain (mis peristiwa, persahabatan, dll): hadiah utk ~; bergambar utk ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nang] | کنڠ

Definisi : ; mengenang mengadakan dlm fikiran; memikir: Orang yg sudah pergi jangan dikenang. ~ budi tidak lupa akan budi orang. mengenangkan menimbulkan kembali dlm ingatan; mengingat sesuatu: Sedih hati Bidin ~ nasib dirinya yg tidak mempunyai ayah lagi. terkenang teringat: Ia ~ akan anak-anak dan isterinya di kampung. kenangan 1 apa-apa yg dikenang; ingatan: Peristiwa itu menjadi satu ~ manis dlm hidupnya. 2 hal (daya) mengenangkan sesuatu: Nama Hang Tuah sentiasa hidup dlm ~ orang-orang Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenang (kata kerja)
Bersinonim dengan ingat, fikir, rindu;,
Kata Terbitan : mengenang, mengenangkan, terkenang, terkenang-kenang, kenangan, kenang-kenangan,

Puisi
 

Tidak dapat dikenang-kenang,
     Kalau dikenang mabuk kepayang;
Jangan disangka airnya tenang,
     Tempat di situ buaya berenang.


Lihat selanjutnya...(34)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kenang-kenangan 100 tahun wafatnya pahlawan Diponegoro 8 Djanuari 1855 - 8 Djanuari 1955Kementerian Penerangan Republik IndonesiaTiada1955 
Kenang-Kenangan Pertemuan Penulis Malaysia-Singapura di Melaka Tiada1980 
Kenang-kenangan ku di-Malaya Tiada1957 
Kenang-kenangan hidup (iii)GAPURATiada1951 
Kenang-kenangan SelangorDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Kenang-kenangan Abdullah MunsyiIBS BukuTiada2008978-967-950-243-5
Kenang-Kenangan dari RiauPustaka SastraTiada1994979-8464-04-4
Kenang-kenangan seorang geishaVintage BooksTiada2005983-334-668-5
Kenang-kenangan sepuluh tahun Universiti Malaysia SabahPusat Penataran Ilmu dan Bahasa Universiti Malaysia SabahTiada2005983-2641-15-2
Kenang-kenagan Abdullah MunsyiIBS BukuTiada2008978-967-950-243-5
123456

Kembali ke atas