Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1. kata utk menyatakan arah ke (di­pakai sebelum nama orang atau kata peng­ganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1 kata sendi nama yg menyatakan sasaran (seseorang atau sesuatu): Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Adik memberikan makanan itu ~ kucingnya. 2 terhadap; akan: Tidak baik berbuat jahat ~ orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepada (kata tugas)
Bersinonim dengan pada, untuk, buat terhadap, akan.,

Puisi
 

Burung belatuk jambul merah,
     Sepakat dengan rajawali;
Minta ampun kepada Allah,
     Minta syafaat kepada nabi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Berkaul kepada (= ke tempat) keramat.

Bermaksud :

Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat).

 

Lihat selanjutnya...(199)

77

Don't cast your pearls before swine

Tidak ada gunanya memberikan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak tahu menghargainya.

Memberi bunga kepada kera

I know you are rich but it is pointless to give her such a priceless gift because she is incapable of appreciating it. So don't cast your pearls before swine and do not waste your money.

Saya tahu awak kaya tetapi tidak ada gunanya awak menghadiahkan barang yang begitu mahal kerana dia tidak pandai menghargainya. Jadi janganlah awak, memberi bunga kepada kera dan jangan bazirkan wang awak

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(78)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kepada Penghuni Taman : Kumpulan PuisiDewan Bahasa dan PustakaTiada2017978-983-49-0881-2
Kepada cintaGagas MediaTiada2009979-780-296-5
Kepada bangsakuHaji MasagungTiada19899794121215
Kepada Mahathir : antologi puisi Ahmad Sebi Tiada2012967-11224-0-2
Kepada kau Tiada1981 
Kepada bekas suamikuTempo Publishing (M) Sdn. Bhd.Tiada 983-88-102-3
Kepada Bunga KubicaraTinta (Kelompok Penerbit Qalam)Tiada2004979-9440-96-3
Kepada angin jugaDewan Bahasa dan PustakaTiada20089789836298157
Kepada-Mu aku berserahHikmahTiada2007979-114-051-0
Kepada sahabat : kumpulan puisiDewan Bahasa dan PustakaTiada1993983-62-3513-2
12345678910...

Kembali ke atas