Definisi : 1. sayap: ayam jantan itu mengibar-ngibarkan ~nya; ~ burung; ~ kupu-kupu; 2. bahagian sesuatu yg menyerupai sayap; ~ pintu daun pintu; berkepak 1. mempunyai kepak, bersayap (burung, agas, dll): setengah-setengah haiwan yg ~ tidak dapat terbang; ada burung yg ~ besar dan ada yg ~ kecil; 2. berdaun (bkn pintu, tingkap): pintu ~ dua; 3. = berkepak-kepak mengibarkan kepak (spt ayam jantan yg hendak berkokok); mengepak-ngepak = terkepak-kepak berkepak-kepak, mengibar-ngibarkan kepak (sayap); mengepak-ngepakkan mengibar-ngibarkan (sayap). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : (képak); mengepak mendukung (budak dll) di rusuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : (képak); mengepak-ngepak terkapai-kapai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : (képak) ark; mengepak membengkokkan (dahan dll) hingga patah; terkepak bengkok atau patah (dahan kayu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : /képak/; mengepak membengkokkan sesuatu sehingga patah; mematahkan. terkepak patah (bkn dahan kayu atau lengan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Definisi : 1 bahagian tubuh yg terdapat pd binatang jenis burung atau pd serangga yg digunakannya utk terbang; sayap: ~ burung. 2 bahagian drpd sesuatu yg menyerupai sayap: ~ kapal terbang. berkepak mempunyai kepak; bersayap. mengepak-ngepak mengibas-ngibaskan kepak (spt ayam yg hendak berkokok dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)