Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra] | کرا

Definisi : 1. sj monyet (biasanya berekor panjang), Macacus cynomolgus; 2. (digunakan ketika menyatakan nama) berbagai-bagai jenis monyet: ~ jambul dll; genggam (cengkam) ~ genggam (cengkam) yg sangat kuat; sekangkang ~ sangat sempit, tidak luas; ~ dapat (diberi) bunga = bagai ~ diberi kaca prb mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya; ~ lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan prb orang besar-besar yg bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya; ~ menegurkan tahinya prb orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya; ~ menjadi monyet prb serupa sahaja (tiada bezanya); bagai ~ dapat canggung prb perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya; memberi barang kpd tangan ~ prb mempertanggungjawabkan sesuatu pekerjaan kpd orang yg tidak dapat menger­jakannya (mempercayai orang yg tidak patut dipercayai); (spt) ~ kena belacan prb sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlari­lari, terloncat-loncat, dll); (spt) ~ sumbang prb orang yg takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra] | کرا

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung sanuk, Rhopodytes tristis longicaudatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra] | کرا

Definisi : nama sj binatang spt monyet yg biasanya berekor panjang, Macacus cynomolgus. ~ sumbang ki orang yg hidup dgn mengasingkan diri atau tidak mencampuri orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kera

Puisi
 

Buah jambu dimakan kera,
     Dipetik Rukiah lari ke hutan;
Ilmu itu bertiang tiga,
     Dialah cahaya penyuluh jalan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kera menjadi monyet.

Bermaksud :

Tiada bezanya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kera iblis Tiada1987 
Kera dengan kura2Saudara Sinaran BerhadTiada1966 
Kera Menjala Buaya Mendapat [taipskrip]Dewan Bahasa dan PustakaTiada1975 
Kera menjala buaya mendapatDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Kera dengan manggisDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1978 
Kera Menjala Buaya MendapatDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1977 
Jantung KeraHasrat PelajarTiada1976 
Pelayaran kera Tiada1987983-844-008-6
Periuk kera raksasaDewan Bahasa dan PustakaTiada1992983-62-2581-1
Periuk keraDewan Bahasa dan PustakaTiada1980 
123

Kembali ke atas