Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ris] | کريس

Definisi : sj senjata bermata dua yg tajam (bilahnya lurus dan berkelok-kelok): ~ Bugis, ~ Majapahit dll; ~ (anak) alang keris yg sederhana panjang bilahnya; ~ berapit keris yg pd sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak; ~ berlok (berkeluk) keris yg berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya; ~ cerita keris yg bilahnya berkeluk sembilan atau lebih; ~ harubi = ~ merubi = ~ bawang sebongkol sj keris yg berhulukan emas (khas utk raja-raja); ~ pandak (pendek) keris yg pendek bilahnya; ~ panjang keris yg panjang bilahnya; ~ parung sari = ~ sempana keris yg bilahnya berkeluk tujuh atau kurang; ~ pendua keris yg digunakan sbg keris cadangan (bukan keris utama); ~ penyalang keris yg digunakan utk menyalang (sbg menjalankan hukuman bunuh); ~ sepukal keris yg lurus bilahnya; ~ panjang berkeluk, ke mana dibawa ke mana elok prb orang yg boleh dipergunakan utk sebarang tujuan; ~ pedang (lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia prb kata-kata lebih tajam drpd senjata; ~ tersisip di dinding, pedang tajam dlm sarungnya prb perbuatan bodoh; berkeris 1. memakai (menggunakan) keris: maka Tun Bija Sura memakai cara Jawa, ~di belakang; 2. bertikam-tikaman dgn keris; berkeras tidak ~ prb bertindak keras tetapi tidak berupaya mempertahankan diri; mengeris menikam dgn keris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ris] | کريس

Definisi : senjata tajam bermata dua dan bilahnya ada yg lurus dan ada yg berkeluk-keluk: ~ Majapahit. berkeris bertikam-tikaman dgn menggunakan keris; memakai keris; memiliki keris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keris

Puisi
 

Keris kecil menikam ular,
     Keris besar menikam singa;
Dari kecil tak hendak belajar,
     Sudah besar tertanya-tanya.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Keris dalam dunia Melayu = Keris in the Malay worldJabatan Muzium dan AntikuitiTiada2006 
Keris Melayu Tiada2014978-967-0372-14-3
Keris warisan Melayu = Kris a Malay heritageUniversiti Putra MalaysiaTiada2016978-967-344-637-7
Keris dalam Dunia MelayuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015 
Keris Sakti: dan Cherita- cherita LainBorneo Literature BureauTiada1971 
Keris Gagrak Kasultanan NgayogyakartaPenerbit PentjaTiada2015978-602-0833-12-5
Keris Melayu SemenanjungPenerbit Universiti Putra MalaysiaTiada2015978-967-344-449-6
KerisKementerian Kebudayaan Belia & SukanTiada1984 
Keris sakti: kumpulan cerita rakyatProgressive Products SupplyTiada1989983-854-007-2
Keris saktiEastern Universities PressTiada1962 
12345678910...

Kembali ke atas