Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.si.bu.kan]/[ke.si.bu/.kan] | کسيبوقن

Definisi : 1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau di­bebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pula­lah ~ yg menggila itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.si.bu.kan]/[ke.si.bu/.kan] | کسيبوقن

Definisi : keadaan sibuk; keributan: Aku naik pening melihat ~ kenderaan di jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sibuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan banyak kerja: giat, aktif, rajin, kocah-kacih, lagut, kalut, gelut, gelabut, legak, hibuk, repot, ripuh,

2. Bersinonim dengan ramai: riuh, abuh, pergi balik, keluar masuk, lalu-lalang,
Berantonim dengan lengang

Kata Terbitan : bersibuk, menyibukkan, kesibukan,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kesibukan Kuala Lumpur 1975Dewan Bahasa dan PustakaTiada1975 
Kesibukan BandarayaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Kesibukan di bandarayaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Tebing sungai, stalimit dan stalitit, rumput, stadium merdeka, kesibukan lalu lintas, cicak kubinDewan Bahasa dan PustakaTiada  

Kembali ke atas