Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.bar] | خبر

Definisi : Ar 1. = perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian, berita, warta: sudah lama saya tidak mendapat apa-apa ~ dr kampung; ~ (-khabar) angin khabar yg belum atau tidak pasti kebenarannya; ~ baik khabar yg menggembirakan (menyenang­kan); ~ buruk khabar yg mendukacitakan (mencemaskan); apa ~ bagaimana hal atau keadaan (diri seseorang); pecah ~ merebak berita; surat ~ = kertas ~ ark naskhah (lembar­an kertas) yg mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, akhbar, harian; 2. = ~ akan = khabarkan sedar (akan); tidak ~ akan (khabarkan) dirinya tidak sedar (spt orang yg tidur lena), pengsan: dia tidak khabarkan diri lagi sejak jatuh dr bangunan tinggi pd hari itu; indah ~ dr rupa (berita) prb khabar atau percakapan orang selalunya mele­bih-lebihkan kecantikan (kesempurnaan dll) sesuatu drpd keadaannya yg sebenar; khabarnya menurut khabar, kata orang: ~ Hamid telah berkahwin lagi; berkhabar, berkhabarkan berkata-kata, bercerita, memberitahu: maka ~lah ia kpd anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh; diamlah ia tiada mahu ~ lagi; ia berkhabarkan kpd kami di dlm mimpi akan rupa Puteri Bungsu itu; mengkhabarkan memaklumkan, memberi­tahukan, memberitakan: saya telah ~ berita kematian ibunya kepadanya; terkhabar tersiar khabar, diberitakan, di­ceritakan; perkhabaran khabar, berita, pemberitahuan: dapatlah ia ~ mengatakan ayahnya ada di Kampar; dgn adanya surat khabar dan radio, sesuatu ~ mudah sahaja diketahui umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.bar] | خبر

Definisi : laporan mengenai sesuatu kejadian dll; berita: Saya mendapat ~ bahawa dia dirawat di hospital. ~ angin khabar yg belum tentu sah atau tidak. ~ baik berita yg menggembirakan. ~ buruk berita yg mendukacitakan atau yg menyusahkan hati. khabarkan, = ~ diri sedar. khabarnya mengikut khabar; katanya: ~ dia telah pulang ke kampung. berkhabar bercerita; berkata-kata. mengkhabarkan menyampaikan khabar; menceritakan; memberitakan; memberitahukan: Siapa yg ~ berita itu kpd kamu? perkhabaran sesuatu yg dikhabarkan; pemberitahuan: Sudah lama dia tidak mendapat ~ dr kampung. pengkhabaran perihal atau perbuatan mengkhabarkan: ~ ttg peristiwa itu dibuat melalui radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khabar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan berita, laporan, warta, siaran, cerita, hebahan, maklumat, pengumuman, pemberitahuan, sebaran;,
Kata Terbitan : khabarnya, berkhabar, berkhabarkan, mengkhabarkan, terkhabar, perkhabaran,

Puisi
 

Apa khabar pasir Bintulu,
     Bolehkah kita berjalan lagi;
Apa khabar kasih dahulu,
     Bolehkah tidak diulang lagi?


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Bermaksud :

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Khabar Dari Sebuah PulauPersatuan Penulis Wilayah Persekutuan LabuanTiada1987 
Khabar dari benua : Antologi cerpenOscar Book InternationalTiada2002967-941-490-6
Khabar dari SydneyDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20039836275150
Surat khabar lamaNatural History Publication (Borneo) Sdn. Bhd.Tiada1995983-99792-7-2
Indah khabar dari rupa Tiada1981 
Surat khabarPenerbit 'Ganaco' N.V.Tiada  
Sejarah surat2 khabar MelayuSaudara Sinaran BerhadTiada1967 
Kitab tarikh surat khabarMatbaah Al ZainiyahTiada1940 
Syair Ibarat dan Khabar KiamatDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Budak jual surat khabarDewan Bahasa dan PustakaTiada1986 
12

Kembali ke atas