Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kian] | کيان

Definisi : 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas; sekian 1. sedemikian, sebanyak itu (ini), sebegitu: ~lah huraian secara ringkas mengenai masalah itu; ingin kembali ke kampung setelah ~ lama ditinggalkan; 2. = sekian­-sekian yg tertentu (hari, angka, dll): dia akan datang pd sekian-sekian hari; 3. se­hingga: bukan kepalang lama waktu, ~ terasa oleh Mak Guna; berkian-kian terlalu banyaknya, banyak­banyak: harta dunia yg ~ banyaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kian] | کيان

Definisi : sana, situ; ~ ke mari ke sana ke mari (ke hulu ke hilir): burung-burung terbang ~ ke mari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kian] | کيان

Definisi : makin (bertambah): Kita hidup ~ hari ~ tua. sekian 1 sebanyak itu (ini); sebegitu; sedemikian: ~lah yg dpt saya ceritakan kpd tuan-tuan sekalian. 2 = sekian-sekian tertentu (bkn hari, bilangan dll): Dia akan datang pd ~ hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kian (kata tugas)
Bersinonim dengan makin, makin bertambah, lagi;,
Kata Terbitan : sekian,

Puisi
 

Kalau ke titi dari seberang,
     Batang mancis membakar badan;
Alak hati siapa kian melarang,
     Siapatah kian dapat menahan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti daun kering ditiup angin di tengah padang.

Bermaksud :

Hidup melarat, terkatung-katung kian ke mari.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kian: MawiKRU Communications Sdn. Bhd.Tiada2007983-43136-6-1
Cintanya kian membaraCreative EnterpriseTiada2008978-983-893-894-5
Mawi:KianKRU Communications Sdn. Bhd.Tiada2007978-983-431-366-1
Rindunya kian membaraCreative EnterpriseTiada2004983-893-577-8
Warisan yang kian terancamDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2009978-983-62-9929-1
Batas Yang Kian MemanjangBalai PustakaTiada2001979-666-608-1
Warisan kraftangan Melaka yang kian dilupakanPerbadanan Muzium MelakaTiada2002983-99473-3-8
Sepi Yang Menyekap Dingin Kian MengendapPenerbit Sastera Leo MedanTiada2002 

Kembali ke atas