Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.lau] | کيلاو

Definisi : cahaya gemerlap (spt cahaya lampu, permata, dll), cahaya yg bersinar (berkilap): ~ bintang yg menerangi langit; berkilau, berkilau-kilauan, kilau-kilauan, kilau-kemilau, kilau-mengilau bercahaya gemerlap, bercahaya berkilap: laut yg ~ oleh sinaran cahaya matahari; sinar permatanya gemerlap berkilau-kilauan; bintang di langit kilau-mengilau; kilauan kilau: kesibukan bandar itu sudahlah pasti dgn ~ lampu neon yg berbagai-bagai warna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lau] | کيلاو

Definisi : cahaya yg bersinar; cahaya yg bergemerlap, spt cahaya lampu. berkilau, berkilauan mengeluarkan cahaya yg bersinar atau yg bergemerlapan; membalikkan sinar; bersinar-sinar. kilauan, kilau-kemilau cahaya yg berkilau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kilau (kata nama)
Bersinonim dengan cahaya, gemerlap, berkilap, cahaya yang memantul, sinar;,
Kata Terbitan : berkilauan, mengilaukan, berkilau-kilau,

Puisi
 

Jatuh ke laut menjadi pulau,
     Pulau delapan menjadi sembilan;
Di dalam kilat adanya kilau,
     Awan hitam mengandung hujan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kilat di dalam kilau,
     kabus di dalam hujan.

Bermaksud :

Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Mat Kilau: pahlawan PahangArkib Negara MalaysiaTiada2011978-967-912-140-7
Mat Kilau Pahlawan PahangArem PublishingTiada2009978-983-3892-42-6
Mat Kilau Tiada1970 
Mat Kilau: Pahlawan Muda Pulau Tawar Tiada1996983-827-099-0
Mat KilauPenerbit Fajar BaktiTiada19800-19-582017-7
Mat KilauDewan Bahasa dan PustakaTiada1969 
Mat KilauDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Mat KilauDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1988983-62-0306-0
Kitab Mat KilauUtusan MelayuTiada1970 
Warisan kepahlawanan Mat Kilau dan kitab amalannya Tiada2016978-967-0626-38-3
12

Kembali ke atas