Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ri] | کيري

Definisi : 1. lwn kanan; tangan ~ tangan kidal (lwn tangan kanan); ~ kanan a) kedua-dua sisi atau bahagian sesuatu (spt sungai, jalan, dll), kiri dan kanan: di ~ kanan lorong sempit itu, terdiri beberapa buah rumah; orang ~ kanan orang sebelah-menyebelah rumah, jiran; b) = kanan ~nya Jw lebih kurang, kira-kira; 2. cenderung menggunakan tangan kiri apabila membuat sesuatu, kidal; 3. ki kurang baik, malang (sial, celaka, dsb); langkah ~ tidak kena masanya atau tempatnya (perbuatan, tindakan, dll), sial (mendatangkan keburukan dll); 4. miring (cenderung) ke arah faham sosialis atau komunis (bkn pertubuhan atau pergerakan politik dll): parti ~; pihak ~; mengiri menepi (menuju, berundur, dll) ke sebelah kiri; mengirikan 1. mengundurkan (mengalih­kan, meletakkan, dll) ke sebelah kiri; 2. mengetepikan, membiarkan dahulu (kerana kurang mementingkan), mengesampingkan: perkara itu boleh dikirikan dahulu; 3. me­nyingkirkan atau membuang (drpd kumpulan dll): orang yg dikirikan drpd masyarakat; terkiri terletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dr tempatnya yg sebenar atau yg sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ri] | کيري

Definisi : bahagian badan yg menghala ke utara apabila kita menghadap ke timur; lw kanan: Kalau hendak melintas jalan, kita mesti melihat ke ~ dan ke kanan dahulu. ~ kanan bahagian yg di sebelah-menyebelah sesuatu (jalan, sungai dll). mengiri menuju ke sebelah kiri. mengirikan meletakkan sesuatu di sebelah kiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiri

Puisi
 

Kiri jalan kanan jalan,
     Batang pauh dibuat titi;
Kirim jangan pesan jangan,
     Biar sama berjauh hati.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Cubit paha kanan,
     paha kiri pun merasa juga.

Bermaksud :

Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kiri Islam : antara modernisme dan posmodernisme Tiada1988979-8966-01-5
Gerakan kiri melayu dalam perjuangan kemerdekaanUniversiti Kebangsaan MalaysiaTiada2006967-942-717-X
Gerakan kiri Melayu dalam perjuangan kemerdekaanPenerbit Universiti Kebangsaan MalaysiaTiada2006967-942-717-x
Langkah kiriSyarikat KaryawanTiada1968 
Langkah kiriMarwilis Publisher and DistributorsTiada1988983-831-064-6
Kritik sastra kiri Tiada2009978-979-3790-312
Cubit kanan cubit kiriPippin Publishing CorporationTiada2010978-967-365-034-7
Kritik atas ekonomi kiri baruLP3ESTiada1988 
Tan Malaka, gerakan kiri, dan revolusi Indonesia Tiada2008979-461-697-0
Gerakan dan tokoh kiriStrategic Information Research DevelopmentTiada2006983-3782-04-3
12

Kembali ke atas