[kom.pe.ni] | کومڤني
Definisi : 1. bp syarikat perniagaan: beberapa buah ~ telah mengurangkan kakitangannya kerana perniagaan makin merosot; 2. pertubuhan atau persatuan perniagaan Inggeris (Syarikat Hindia Timur Inggeris) dan Belanda (Syarikat Hindia Timur Belanda) yg ditubuhkan pd permulaan abad ke-17; 3. bp kerajaan, pemerintah; harta (tanah) ~ harta (tanah) milik kerajaan; jalan ~ jalan yg dibina oleh kerajaan; 4. Id askar (terutama askar Belanda atau askar Syarikat Hindia Timur Belanda); 5. pasukan tentera yg merupakan sebahagian drpd batalion, terdiri drpd lebih kurang 100 orang anggota dan biasanya dibahagikan kpd tiga platun: askar dr ~ C batalion kedua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kom.pe.ni] | کومڤني
Definisi : 1 badan perniagaan yg dimiliki oleh beberapa orang; syarikat perniagaan: Banyak kakitangan dr ~ itu yg telah dihentikan kerja kerana perniagaan makin merosot. 2 pertubuhan pedagang Inggeris (Syarikat Hindia Timur) dan Belanda (Syarikat Hindia Timur Belanda) pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)