Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.trak] | کونترک

Definisi : 1. perjanjian formal dgn syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih: menandatangani ~ perdagangan antara syarikat; buruh ~ buruh yg terikat oleh perjanjian bekerja dgn majikan; mendapat ~ mendapat hak dgn berdasarkan perjanjian utk mengurus (menjual dll), mendapat hak (mengurus dll sesuatu) dgn ikatan perjanjian; mengikat ~ mengikat perjanjian berdasarkan kontrak; 2. dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian ini: ~ hadapan; ~ niagaan ke depan; 3. cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak; ~ hadapan (Eko) perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang; ~ niagaan ke depan (Eko) kontrak pembelian atau penjualan komoditi, mata wang, indeks, dan instrumen kewangan yg dibuat utk dipenuhi pd tarikh tertentu masa akan datang; ~ sosial a) persetujuan yg telah dicapai antara pihak-pihak yg berkepenti­ngan utk membentuk sebuah masyarakat yg padu dan sejahtera dgn setiap pihak bersedia bertolak ansur serta mengetepikan kepen­tingan peribadi tertentu; b) (Udg) persetujuan rakyat utk menyerahkan kebebasan individu sbg balasan kpd perlindungan yg diberikan oleh pemerintah dan pemerintah mesti memerintah selaras dgn hasrat rakyat; berkontrak berkaitan dgn, terkandung dlm atau berdasarkan kontrak: tuntutan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.trak] | کونترک

Definisi : perjanjian mengenai perdagangan (syarat bekerja dll): Kedua-dua buah syarikat itu telah menandatangani satu ~ perdagangan. ~ hadapan ist perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kontrak (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan perjanjian: ikatan, persefahaman, persetujuan,

2. Bersinonim dengan dokumen: syarat perjanjian, fasal perjanjian.,



Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kontrak Sosial : perlembagaan Persekutuan 1957 Tiada2014978-967-430-298-6
Kontrak sosial masyarakat majmuk di MalaysiaMajlis Kebudayaan Negeri JohorTiada2007978-983-43730-0-9
Kontrak hutang dalam syariat Islam dan undang-undang sivilDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2007978-983-62-9337-4
Kontrak hutang dalam syarat Islam dan undang-undang sivilDewan Bahasa dan PustakaTiada20079789836293374
Kontrak dan kewajipanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1998983-62-5336-X
Akta Kontrak 1950 (Akta 136) & Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120)International Law Book ServicesTiada2001967-89-0354-7
Akta kontrak 1950 (Akta 136) dan akta kontrak kerajaan 1949 (Akta 120)International Law Book ServicesTiada2011967-89-0354-7
Akta kontrak 1950 (Akta 136) dan akta kontrak kerajaan 1949 (Akta 120)International Law Book ServicesTiada2006967-89-0354-7
Aturcara kontrak dan taksiranIBS BukuTiada1988 
Pengenalan kontrak binaan reka dan binaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2009978-983-46-0195-9
12345

Kembali ke atas