Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak terbuka lebar (bkn payung dll), tidak mekar atau kembang (bkn bunga); ~ hatinya ki ketakutan; 2. kuntum bunga, daun muda yg belum terbuka: ~ bunga mawar; 3. ark bp berkulup, belum berkhatan; menguncup 1. menjadi kuncup (tertutup), mengerut, menjadi tidak kembang atau terbuka: daun semalu ~ apabila disentuh; 2. menjadi kecil (pendek, kurang, dsb) sedikit: cecair mengembang dan ~ menurut perubahan suhu; ~ hatinya berasa takut; 3. menyerupai kuncup (kuntum bunga); menguncupkan menjadikan kuncup (ter­tutup), merapatkan sesuatu yg kembang, mengecilkan: ~ payung; ~ tangan menyatu­kan (merapatkan) kedua-dua tapak tangan; penguncupan perihal menguncup (menjadi kecil): pengembangan dan ~ yg disebabkan oleh perubahan suhu ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuncup I


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kuncup berseriPustaka JayaTiada1956 
Kuncup berseriGramedia Pustaka UtamaTiada1996979-655-141-1
Kuncup berseriPustaka Utama GafitiTiada  
Luruh Kuncup Sebelum BerbungaGramedia Pustaka UtamaTiada2002979-686-646-3
Luruh kuncup sebelum berbungaAlam BudayaTiada1988 

Kembali ke atas