Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : warna spt warna kunyit (tembaga dll); demam (sakit) ~ penyakit berjangkit yg menyebabkan tubuh berwarna kuning; nasi ~ nasi kunyit (kuning warnanya); sirih ~ a) daun sirih yg kuning warnanya; b) ki gadis yg elok; ~ air kuning yg keputih-putihan; ~ gading = putih ~ kuning keputih-putihan spt warna gading; ~ langsat putih kuning (tidak putih sangat, bkn kulit dll); ~ pinang masak kuning kemerah-merahan; ~ telur bahagian tengah telur yg kuning warnanya; ~ tua kuning gelap (lwn kuning muda); ~ oleh kunyit, hitam oleh arang prb mudah terpengaruh oleh hasutan atau puji-pujian; menguning 1. menjadi kuning, berwarna kuning; 2. mulai masak (padi): padinya sedang ~ menantikan masa utk dituai; kuningan tembaga kuning; kekuningan 1. keadaan kuning; 2. sl barang­barang berwarna kuning (spt payung dll) tanda kebesaran raja atau orang bangsa­wan: maka Laksamana mengarak ~, ertinya lampin dan tilam, beras, dan baju bajang, dan pawai burung-burung dibubuh di hujung galah; kekuning-kuningan berwarna agak kuning: tanah liat yg berwarna ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok me­manjat), akar cina, akar kunyit-kunyit, Limacia oblongata; bunga akar ~ sj tumbuhan (pokok), akar cempaka kuning, cempaka hutan, Allamanda cathartica; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), antat, kenanga hutan, lidah-lidah, melidah, pacal kuning, Alangium ebenaceum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung siam, Pycnonotus a. atriceps. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : warna spt warna isi kunyit (tembaga dll). ~ air kuning yg keputih-putihan. ~ gading kuning keputih-putihan spt warna gading. ~ langsat putih kuning (terutamanya bkn kulit manusia). ~ telur bahagian tengah telur yg kuning warnanya. menguning 1 berwarna kuning; menjadi kuning. 2 sedang masak (bkn padi): Padinya sedang ~. kuningan tembaga kuning; loyang. kekuningan keadaan kuning. kekuning-kuningan agak kuning warnanya; seakan-akan kuning: tanah liat yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuning

Puisi
 

Sirih kuning gagang layu,
     Hentam panas sembilan bulan;
Sirih kuning hajat aku,
     Hendak bertemu dengan tuan.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Kuning oleh kunyit,
     hitam oleh arang.

Bermaksud :

Mudah dihasut atau dipujuk. (Bandingkan dengan: Tak kuning oleh kunyit, tak putih oleh kapur).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Puteri kuning emasPenerbitan Pustaka AntaraTiada1977 
Kasut kuning yang ajaibPenerbitan Pustaka AntaraTiada1978 
Gedung kuningNational Heritage BoardTiada2010978-981-08-4756-2
Pulut kuning daging rendangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1988 
Hamparan kuningUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada1978[t.m.]
Halaman kuning W.P. Kuala LumpurTelekom Publications Sdn. Bhd.Tiada  
Halaman kuning SelangorTelekom Publications Sdn. Bhd.Tiada  
Merah kuning biruFederal BerhadTiada1966 
Pulut kuning daging rendangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1990983-62-0566-7
Ketitir KuningPusat Dokumentasi MelayuTiada1967 
123

Kembali ke atas