Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.kon] | لاکون

Definisi : 1. = lakonan cerita yg dipentaskan (sandiwara, filem, dll), drama: suatu lakonan yg bertajuk Si Bongkok Tanjung Puteri akan dipentaskan di Dewan Bandaran; 2. karang­an yg berupa sandiwara (terdiri drpd dialog); ~ layar skrip yg disediakan utk sesebuah filem, termasuk arahan kerja kamera dsb; 3. ki sesuatu peristiwa (kejadian dll): ~ yg menyayat hati; berlakon 1. bermain atau berlagak dlm sandiwara (drama, wayang, dll), mengambil bahagian dlm sandiwara dll: saya mula ~ sejak saya di bangku sekolah lagi; dlm filem “Dia Ibuku”, Sarimah ~ sbg ibu; 2. ki berpura­pura menunjukkan sesuatu kelakuan, menunjukkan kelakuan yg bukan sifat se­benarnya: tak usahlah kau hendak ~ di depan aku, aku sudah tahu kelakuankau yg sebenarnya; melakonkan 1. mementaskan atau memain­kan sesuatu cerita (drama, sandiwara, dll); 2. menulis (semula) suatu cerita menjadi sandi­wara (drama dll); 3. mementaskan sebuah cerita sbg sandiwara: murid-murid disuruh­nya ~ cerita Anak Raja dengan Anak Papa; 4. mengisahkan (menggambarkan) sesuatu perkara: drama itu ~ seorang pegawai tinggi; 5. memainkan sesuatu peranan (watak): seniman Nordin Ahmad ~ watak Hang Jebat dgn baik dlm filem “Hang Jebat”; lakonan 1. lakon; 2. perihal memainkan sesuatu drama (sandiwara dll), perihal ber­lakon: ~nya dlm filem-filem pd masa lalu sungguh baik dan memuaskan; pelakon orang yg berlakon dlm drama (sandi­wara dll), tokoh dlm cerita dll: siapakah ~ yg akan membintangi filem itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.kon] | لاکون

Definisi : cerita dlm sandiwara (drama, filem dsb). berlakon 1 bermain atau berlagak spt dlm sandiwara (drama, filem dsb); mengambil bahagian dlm sandiwara dll: Dia ~ sbg ibu dlm drama itu. 2 berlagak atau berpura-pura menunjukkan kelakuan yg bukan tingkah lakunya yg sebenar: Janganlah ~ di depan saya kerana saya tahu siapa kamu. melakonkan 1 memainkan sesuatu cerita (drama, sandiwara); mementaskan. 2 mengarang sesuatu cerita utk dimainkan; menulis drama (sandiwara dll). 3 mengisahkan; menceritakan: Filem itu ~ seorang anak yg tidak mengenang jasa. 4 memainkan sesuatu peranan (watak) dlm sesebuah cerita: Beliau ~ watak ibu dgn baik dlm filem tsb. lakonan cara berlakon atau cara melakonkan sesuatu peranan dlm drama (sandiwara dll): ~nya dlm filem itu memuaskan. pelakon orang yg berlakon dlm drama (sandiwara, filem dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lakon
Kata Terbitan : berlakon, melakonkan, lakonan, pelakon,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Lakon-lakon sedih dan gembiraBalai PustakaTiada1948 
Lakon-lakon sedih dan gembiraBalai PustakaTiada1958 
Lakon Jaka SukaraDeparteman Pendidikan dan KebudayaanTiada1982 
Lakon layar : asas penulisan skripDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1990983-62-1445-3
Lakon, Drama dan PemikiranDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1991983-62-2075-5
Empat lakon perang paderiPenerbit Angkasa BandungTiada2002979-665-196-3
Bentuk lakon dalam sastra IndonesiaGunung AgungTiada1971 
Pelakon: pentas lakon Universiti Malaya Tiada1981 
Imam sebuah lakon pentasPenulisTiada1997 
Cermin merah: lakon yang tak pernah selesaiGrasindoTiada2004979-732-893-7
12

Kembali ke atas