Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ngit] | لاڠيت

Definisi : lengkung yg tampaknya biru dan meling­kungi bumi: tujuh petala ~; berasa dlm ~ yg ketujuh senang sekali; ~ berkelikir bumi bertemberang, salah-salah fikir, jadi hamba orang prb fikiran yg mengikut hawa nafsu itu akhirnya membawa kpd kehinaan; ~ dapat dilukis sudut kambut diserayakan prb kesalahan orang lain, walau­pun kecil, tampak tetapi kesalahan sendiri, tidak; ~ menyungkup kepala prb tidak dapat melepaskan diri drpd perintah orang yg berkuasa (raja); ~ runtuh bumilah terban = ~ runtuh bumi cair prb kehilangan tempat menumpang hidup; di mana bumi dipijak di situ ~ dijunjung prb hendaklah menurut adat dan resam tempat yg kita diami; disangkakan ~ itu rendah, dipandang dekat, dicapai tak boleh prb sebelum mencuba sesuatu pekerjaan itu janganlah dikatakan mudah atau senang; kalau ~ hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dgn telunjuk prb orang kecil tidak dapat menolak kehendak orang besar-besar; melangit 1. menghala (terbang, naik) ke langit; 2. tinggi sekali, melambung tinggi: tidaklah elok kalau terus-menerus orang itu dipuji ~; congkaknya ~ sombong sekali; ~ biru; a) terbang (pergi) ke langit biru; b) ber­warna spt warna langit biru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ngit] | لاڠيت

Definisi : ruang (tempat letaknya bintang dll) yg kelihatan berwarna biru dan melingkungi bumi: Pd malam hari, kelihatan beribu-ribu bintang di ~. langit-langit, lelangit 1 bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian yg lembut dan ada bahagian yg keras). 2 kain yg digantung di bahagian atas bilik; kain bahagian atas kelambu. melangit membumbung tinggi; tinggi sekali: Cakapnya ~ tetapi semuanya bohong. Bangunan itu tinggi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langit

Puisi
 

Kupu-kupu terbang ke langit,
     Singgah di langit bersalin kain;
Bertangkup bumi dengan langit,
     Baru saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Ditentang langit,
     langit;
ditentang bumi,
     bumi.

Bermaksud :

Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali.

 

Lihat selanjutnya...(50)

564

Sweep your own doorstep clean

Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.

Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar

''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said

''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar,'' kataku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
langit-langit peraduanCitra IndonesiaTiada1984 
Langit-langit peraduan(anak-anak pembauran)Citra IndonesiaTiada1984 
Langit Petang Tiada2016978-967-0591-49-0
Langit Petang[t.p]Tiada2014 
Langit runtuh: kumpulan cerpen Tiada2013978-967-430-168-2
Langit petang Tiada  
Langit Nan Gelap: koleksi cerpen Resmanshah Tiada2012978-967-11585-1-7
Langit tidak berbintang di Ulu Slim : kumpulan cerpenDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014978-983-46-1697-7
Langit dan bumiTime-Life BookTiada1989080948000X
Langit petang[t.p]Tiada1982 
12345678910...

Kembali ke atas