Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.kis] | لوکيس

Definisi : ; pandai ~ ark orang yg pandai membuat gambar, pelukis, tukang lukis; seni ~ (hasil) kecekapan menggambar yg elok-elok; melukis 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; melukiskan ki 1. membayangkan, menampak­kan: bibirnya ~ senyuman; 2. menceritakan (mengisahkan) hal sesuatu, membentangkan: rencana itu ~ penderitaan yg dialami rakyat; terlukis 1. terbayang, tergambar: ~ dlm kepala­nya kesibukan kota London itu; 2. teriwayat, terceritakan; lukisan 1. hasil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal; pelukisan perihal melukiskan: pengarang sastera sejarah mengusahakan ~ peristiwa­peristiwa yg disaksikannya sendiri; cara ~ watak dan peristiwa dlm novel ini lurus dan tidak mengarah kpd simbolisme; pelukis orang yg (kerjanya) melukis, tukang lukis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.kis] | لوکيس

Definisi : ; melukis membuat gambar dgn menggunakan cat, pensel dll: Dia ~ gambar kucing pd kertas itu. melukiskan 1 melukis (gambar dsb) utk seseorang: Ahmad ~ adiknya gambar seekor gajah. 2 menceritakan sesuatu keadaan atau hal; mengisahkan; menggambarkan: Cerpen itu ~ kesusahan orang-orang kampung. lukisan 1 sesuatu yg dilukis; hasil melukis; gambar: ~nya memenangi hadiah pertama. 2 keterangan, cerita dll yg menggambarkan sesuatu. ~ teknik lukisan (pelan bangunan dsb) yg menggambarkan sistem atau struktur sesuatu benda. pelukis orang yg pandai melukis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lukis
Kata Terbitan : melukis, melukiskan, terlukis, lukisan, pelukis,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Lukis Indonesia Tiada1998 
Rupa Malaysia: meninjau seni lukis moden MalaysiaBalai Seni Lukis NegaraTiada2000983-9572-37-7
Abdullah Ariff 1904 - 2004: bapa seni lukis moden MalaysiaBalai Seni Lukis NegaraTiada2004 
Wawasan dan idea melihat semula seni lukis moden MalaysiaBalai Seni Lukis NegaraTiada1994 
Balai Seni Lukis Negara 58-88 : dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Sabbaruddin Chik Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia, 10 November 1988Balai Seni Lukis NegaraTiada1988 
Seni lukis Kedah Darul AmanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014978-983-46-1158-3
Jom, lukis kartun dan komik!Pekan IlmuTiada2014978-967-5841-97-2
Seni-lukis dan pertukangan tanganDewan Bahasa dan PustakaTiada1965 
Seni lukis, kesenian dan senimanYayasan Aksara IndonesiaTiada20009799581737
Seni lukis moden Malaysia : era perintis hingga era pluralis (1930-1990)Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada2001967-61-1212-7
12345678910

Kembali ke atas