[ma.cam] | ماچم
Definisi : 1. keadaan sesuatu benda, bangsa, jenis, rupa: kain ini ada dua ~; 2. laksana, seperti, umpama: ~ rusa masuk kampung; 3. cara, kaedah: walau ~ mana sekalipun, ia mesti berjumpa dgn orang tuanya; apa ~ a) = ~ apa (mana) bagaimana; b) apa pendapatmu? semacam 1. sebangsa, sejenis; 2. sebagai, serupa, seperti: adakah orang ~ saya mena-ruh khianat di dlm hati; bermacam berbagai(-bagai); bermacam-macam, macam-macam berbagai-bagai, berjenis-jenis, berupa-rupa; mempermacam-macamkan memperbuat dll bermacam-macam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ma.cam] | ماچم
Definisi : 1 keadaan atau sifat sesuatu benda; jenis: Beras Kedah ada dua ~. 2 tidak ubahnya spt; umpama; bagai: ~ anjing dgn kucing. 3 cara melakukan sesuatu; kaedah membuat sesuatu: ~ mana hendak membuat kira-kira ini? bermacam ada macamnya; berbagai. bermacam-macam banyak macamnya; berbagai-bagai; berjenis-jenis: ~ barang ada dijual di sana. semacam 1 satu macam saja; sejenis. 2 = macam tidak ubahnya spt; sebagai: Saya tidak pernah berjumpa orang ~ dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)