Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ra] | مارا

Definisi : akronim bagi Majlis Amanah Rakyat (perbadanan yg menolong bumiputera mem­bangun atau maju dlm bidang perniagaan, per­usahaan, pendidikan, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : sl bencana, bahaya, celaka, kesusahan: dijauhkan Allah drpd bahaya dan ~-Nya; ~ jangan dipukat, rezeki jangan ditolak prb bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali di­cari-cari; ~ hinggap, ~ terbang enggang lalu ranting patah prb perihal seseorang yg dituduh melakukan sesuatu kesalahan pd hal dia tidak melakukan kesalahan itu; bermara sl berbahaya, menghadapi bahaya: jikalau tuan-tuan sekalian pergi, salah se-orang ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : bergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju: barisan tentera itu ~ dgn pantasnya sungguhpun mereka menemui tentangan; memarakan menggerakkan ke hadapan, memajukan; kemaraan perihal bergerak (melangkah dll) maju, kemajuan: hulubalang telah berhim-pun di Pedas utk menyekat ~ Raja Melewar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : ; saudara-~ semua kaum keluarga sendiri (jauh dan dekat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : apa-apa yg mendatangkan kesukaran atau kesusahan; bencana; bahaya: Moga-moga Allah menjauhkan kita drpd segala bahaya dan ~-Nya. ~ bahaya berbagai-bagai bahaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.ra] | مارا

Definisi : bergerak ke hadapan; tampil ke muka; maju: Mereka ~ lebih kurang 10 kilometer sehari. memarakan menggerakkan ke hadapan; memajukan. kemaraan perbuatan atau hal mara: ~ tentera musuh telah dpt dipatahkan oleh tentera kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.ra] | مارا

Definisi : ; saudara-~ semua kaum keluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mara (kata kerja)
Bersinonim dengan bergerak ke muka, tampi ke depan, maju, melangkah ke depan;,
Kata Terbitan : memarakan,

Puisi
 

Datuk Bentara mudik ke hulu,
     Hajat membina sebuah kota;
Biar mara datang bertalu,
     Namun cinta kugagah juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mara jangan dipikat (= dipukat),
     rezeki jangan ditolak.

Bermaksud :

Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Universiti Teknologi MARA at a glanceMara Institute of TechnologyTiada2000 
Saham MaraDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Hikayat Ganja Mara [salinan manuskrip] Tiada[t.t.] 
Hikayat Ganja MaraDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1963 
Hikayat Ganja MaraPusat Dokumentasi MelayuTiada  
Pusat giat mara, kawasan jeli, kelantanDewan Bahasa dan PustakaTiada1995 
Hikayat Ganja MaraDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1964 
Hikayat Ganja Marat.pTiadat.th 
Hikayat Ganja Mara Bk. 3Pusat Dokumentasi MelayuTiada  
Hikayat Ganja Mara Bk. 2Pusat Dokumentasi MelayuTiada  
12345678910...

Kembali ke atas