[ma.ta] | مات
Definisi : 1 alat pancaindera pd muka manusia atau binatang yg digunakan utk melihat: ~nya bulat dan hitam. 2 bahagian yg tajam pd sesuatu alat pemotong dsb: ~ pisau ini sumbing. 3 apa-apa yg menyerupai mata 1 atau 2 (bentuknya atau rupanya): ~ bisul; jarum. 4 markah yg diperoleh dlm sesuatu ujian atau pertandingan: Pasukan Selangor dan Pulau Pinang telah mendapat ~ yg sama banyak. ~ air a. tempat air memancut dr tanah; sumber. b. orang yg dikasihi; kekasih. ~ alamat sasaran yg dituju; bulan-bulan; matlamat. ~ angin arah angin datang; arah yg ditunjukkan oleh kompas. ~ cincin batu permata yg ada pd cincin. ~ dacing garis-garis pd batang dacing utk menunjukkan berat sesuatu. ~ duitan orang yg mementingkan wang saja; orang yg tamak akan wang. ~ hati perasaan hati. ~ hitam bahagian biji mata yg berwarna hitam. ~ kail kawat bengkok yg tajam hujungnya utk memancing. ~ kaki buku lali. ~ kasar mata biasa (tidak menggunakan teropong). ~ kayu a. tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu. b. tidak tahu membaca atau menulis. ~ keranjang sangat suka melihat perempuan (ttg lelaki). ~ lembu (kerbau, sapi) nama masakan telur yg digoreng bulat-bulat. ~ panah bahagian hujung anak panah yg tajam. ~ pelajaran jenis-jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan di sekolah-sekolah dll. ~ pencarian pekerjaan yg dilakukan utk memperoleh nafkah. ~ petai mata yg tidak dpt melihat dgn betul. ~ piano bahagian piano yg ditekan-tekan dgn jari utk menghasilkan bunyi. ~ punai lubang pd sesuatu anyaman yg bersegi enam. ~ ringkas mata serangga dsb yg mempunyai satu kanta, mis mata labah-labah dan mata kala jengking. ~ tangga anak tangga. ~ tunas tunas yg baru bercambah. ~ wang jenis wang yg digunakan di sesuatu tempat. mata-mata pegawai kerajaan yg ditugasi menjaga keamanan di dlm negeri; polis. ~ gelap polis yg mencari rahsia. memata-matai mengawasi gerak-geri seseorang dll secara diam-diam; mengamat-amati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)