Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.yan] | ملاين

Definisi : 1. menyempurnakan keperluan orang lain (pembeli, tetamu, dll), meladeni: seorang gadis Cina senantiasa ~ pelanggan-pelanggan di situ; 2. mempeduli­kan (suami, teman, dll), mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain): Edah membentak kerana malas hendak ~ suami­nya; 3. menentang (musuh dll): kakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri dilayan perang; 4. mengikut kehendak (hati, fikiran, dll): sejurus ia ber­menung ~ fikiran yg berkacau itu; 5. meng­gunakan sesuatu alat kerja dgn cermat dan betul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.yan] | ملاين

Definisi : 1 menyempurnakan kehendak atau keperluan orang lain (spt pelanggan, tetamu dll): Tauke kedai itu sedang ~ pelanggannya. 2 mengendahkan atau mempedulikan kritik, rungutan dll: Dia tidak pernah ~ tohmah drpd masyarakat kampungnya. 3 mengikut kehendak hati (perasaan dll): Lama dia bermenung ~ perasaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melayan


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Penjual sayur sedang melayan pembeliDewan Bahasa dan PustakaTiada  

Kembali ke atas