Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.léng.gang] | مليڠݢڠ

Definisi : 1. berayun tangan ketika berjalan: tangan kanannya yg memegang senapang itu kelihatan tidak ~; 2. bergerak-gerak turun naik atau ke kiri ke kanan (perahu atau kapal dimainkan gelom­bang dll): ia berpaling memandang api lampu minyak yg melenggang lemah; badannya turut ~-lenggang mengikut goncangan kepalanya; 3. ki berjalan dgn tidak membawa apa-apa beban: mereka pulang dr dusun ~ sahaja kerana tidak ada durian yg gugur; 4. = ~-lenggok = melenggang-lenggok ber­liuk-liuk ke kiri ke kanan (spt orang menari dll): pandangannya berpusat kpd api lampu yg ~- lenggok ditiup angin; ~ perut lenggang perut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lenggang (kata nama)
Bersinonim dengan limbai, anyunan tangan;,
Kata Terbitan : melenggang, lenggang-lenggok,

Puisi
 

Cik Mat jalan melenggang,
     Dua tiga ranting patah;
Air laut sekerat pinggang,
     Buku lali haram tak basah.


Lihat selanjutnya...(4)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Adat Melenggang Perut, Adat Mencukur Jambul, Adat Berkhatan dan Adat Turun PerahuJabatan Muzium dan AntikuitiTiada  
Majlis Kenduri Adat Melenggang Perut Tiada2006 

Kembali ke atas