Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lin.du.ngi] | مليندوڠي

Definisi : 1. menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena sesuatu dll): pondok saya tidak nampak dr sini kerana dilindungi belukar; 2. memberi pertolongan (bantuan dll), membela, memberi naungan: mahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat drpd malapetaka jenayah; beberapa ekor kambing biasanya dipelihara bersama­-sama biri-biri utk ~ biri-biri drpd serangan binatang buas; 3. tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dll), menyelubungi: mereka sangat bijak ~ hasrat yg hendak disampaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lin.du.ngi] | مليندوڠي

Definisi : 1 menjadi tutup (sekat dsb) pd sesuatu supaya tidak kelihatan atau tidak terkena sesuatu: Sekaki payung sutera ~ tubuhnya drpd panas matahari. 2 memberikan naungan atau pertolongan kpd: Moga-moga Allah akan ~ kita drpd bencana lapar. 3 ki menutup sesuatu supaya tidak diketahui orang lain (ttg perasaan dll): Perangainya yg lemah lembut itu hanya utk ~ kejahatannya saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Melindungi masa instruksional: amalan terbaik guruKementerian PendidikanTiada2013978-983-3444-76-2
Melindungi masa instruksional (FAQ)Kementerian PendidikanTiada2013978-983-3444-78-6
Melindungi masa instruksional: amalan terbaik pengurusanKementerian PendidikanTiada2013978-983-3444-77-9
Allah melindungi RasulullahDewan Bahasa dan PustakaTiada1993983-62-3566-3
Allah melindungi RasulullahDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2007978-983-62-9438-8
Allah melindungi RasulullahDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20079789836294388
Allah melindungi RasulullahDewan Bahasa dan PustakaTiada1995983-62-3566-3
Menjaga dan melindungiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997 

Kembali ke atas