Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.cu] | مماچو

Definisi : 1. menggesa (kuda) dgn menusuk­kan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumba­kan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (eko­nomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat, memesatkan: beberapa strategi utk ~ pertumbuhan ekonomi negara; mereka berjaya menggunakan pengetahuan dan pengalaman utk ~ perniagaan masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.cu] | مماچو

Definisi : 1 menggesa kuda dgn pacu supaya kencang larinya: Ketika itu juga, Nikman ~ kudanya, pergi memeriksa pasukan askarnya. 2 mengencangkan perjalanan kereta, motosikal dll: Dia ~ keretanya di medan perlumbaan. 3 menggerakkan sesuatu kegiatan ekonomi, pembangunan dsb dgn lebih cepat atau pesat; memesatkan: Beberapa strategi telah dilaksanakan utk ~ pertumbuhan ekonomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pacu (kata nama)
Bersinonim dengan taji, susuh, sungga;,
Kata Terbitan : berpacu, memacu, pemacuan,

Puisi
 

Cik Ali memacu kuda,
     Jangan diregang tali ragam;
Asal matahari matahari juga,
     Bulan terbit terangkan alam.


Lihat selanjutnya...(4)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Memacu kecemerlangan pengajian tinggi negaraUniversiti Sains MalaysiaTiada2015978-983-861-936-3
Memacu masyarakat berprestasi Tiada1987 
Memacu puncak ilmu Tiada20089789675123092
Risda memacu transformasi Tiada 978-983-44343-5-9
Perancangan pendidikan memacu transformasi pendidikan negaraPenerbit Universiti Pendidikan Sultan IdrisTiada2014978-967-0480-70-1
Membudaya nilai teras memacu kecemerlangan akademik Tiada2014978-967-0524-44-3
Dialog Meja Bulat Naib Canselor: memacu universiti di Malaysia ke arah kecemerlangan Tiada2014978-967-0524-46-7
50 tahun jubli emas pmint memacu pembangunan : 1965-2015 Tiada2016978-967-13992
Kenali Tun Dr. Mahathir Mohamad : menjana wawasan memacu kemajuan Tiada2010978-983-3537-85-3

Kembali ke atas