Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.kar] | ممباکر

Definisi : 1. menyalakan (memasang, menghanguskan) sesuatu dgn api: ~ kayu; ~ sampah; 2. memanaskan sesuatu (spt ikan, daging, pisang, dsb) di atas api supaya masak, memanggang: ~ pisang; 3. memasak sesuatu (spt kuih, ikan, daging, dll) dgn jalan memanaskannya dlm ketuhar: ~ kuih; ~ kapur; 4. ki membuatkan seseorang marah atau meradang: “Kalau engkau menjadi pemimpin, aku mesti kebuluran,” ia ~ hati isterinya; 5. ki menyemarakkan sesuatu perasaan (spt semangat, cinta, dsb): gadis itu menjeling dan melemparkan senyuman yg ~ jiwa orang muda itu; ~ semangat; 6. menyebabkan terasa sangat panas seolah-olah terbakar: panas yg kian terik dan ~ kulit kepala; dibakar tiada hangus prb tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.kar] | ممباکر

Definisi : 1 memasang api pd sesuatu supaya hangus atau menyala; menyalakan sesuatu dgn api: Petang semalam, saya menolong ibu saya ~ sampah sarap di belakang rumah. 2 memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak: Kerana hujan, kami terpaksa ~ lemang di bawah rumah. 3 ki membangkitkan (perasaan marah, semangat dsb): mengorbankan: ~ hati; ~ semangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membakar

Puisi
 

Asap api membakar embun,
     Rendang lada disimpul pulih;
Kalau kaca tangkainya embun,
     Pandang ada ambil tak boleh.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai lobak di pemerunan,
     bagai kacang tengah dua bulan.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi. pemerunan = tempat membakar sampah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Membakar matahari Tiada1966 
Merokok Membakar Diri, Wang dan KeluargaDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-62-5941-7
Merokok membakar diri, wang dan keluargaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997983-62-5941-4
Lilin membakar diriThinker's LibraryTiada2007978-967-69-0703-5
Korek api membakar almari esYayasan Bentang BudayaTiada1996 
Api masih membakarDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997983-62-1187-X
Api masih membakarDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1979 
Api masih membakarDewan Bahasa dan PustakaTiada1997983-62-1187-X
Api masih membakarDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1977 
Api masih membakarDewan Bahasa dan PustakaTiada1985 
12

Kembali ke atas