Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : ; berjual ~ menjual dan membeli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : 1. memperoleh barang dgn membayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membeli

Puisi
 

Membeli tali pasar Senyawan,
     Singgah di surau tangga berlian;
Merosak hati menggugur iman,
     Seperti pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Sayang rugi membeli tali timba,
     air setitik tak dapat.

Bermaksud :

Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Membeli-belah Tiada20099789675024672
Membeli-Belah Di Chow KitDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Supermarket : Membeli-belahDewan Bahasa dan PustakaTiada1987 
Pinjaman kerana membeli kereta. Abdul Samad Ahmad. PengarangPusat Dokumentasi MelayuTiada  
Majlis Menandatangani Kontrak Membeli Mesin Cetak DBPDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Penggunaan bahasa kebangsaan di pusat membeli belahDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Kempen Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Pusat Membeli-belahDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1994 
Kempen Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Pusat Membeli-belahDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1994 
Kempen penggunaan bahasa kebangsaan di pusat membeli-belahDewan Bahasa dan PustakaTiada1994 
Kempen penggunaan bahasa malaysia di pusat membeli-belahDewan Bahasa dan PustakaTiada1994 
12

Kembali ke atas