Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.sem.bah.kan] | ممڤرسمبهکن

Definisi : 1. menyampaikan (berita, surat, dll) dgn takzim, mengatakan, menceritakan: sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh disembahkan kpd Yang di-Pertuan Agong; maka laksamana pun ~ segala hal ehwalnya; 2. memberikan (mengunjukkan dll) dgn takzim: maka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati; 3. menghidangkan (pertunjukan dll), memper-tunjukkan (permainan dll): malam ini akan dipersembahkan filem Tiga Dara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.sem.bah.kan] | ممڤرسمبهکن

Definisi : 1 mengatakan (memberitahukan dsb) dgn hormat; menyampaikan permohonan dsb dgn hormat: Pengintip-pengintip itu telah pulang ke negeri mereka lalu ~ hal tsb kpd raja mereka. 2 menghidangkan atau menunjukkan sesuatu (filem, drama dsb) kpd umum: Kumpulan tsb akan ~ drama Tamu Bukit Kenny pd malam ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempersembahkan

Peribahasa

Memberi garam kepada laut.

Bermaksud :

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Bandingkan dengan: Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Mempersembahkan Sebuah Teater Monolog Jiwa BangsaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2006 
ASWARA mempersembahkan ...Akademi Seni Kebangsaan17 November 20062006 
Yayasan Seni Mempersembahkan Muzika Uda dan Dara Tiada1985 
Masrah Perdana mempersembahkan ImamDewan Bahasa dan PustakaTiada1999 
Warisan Seni Bangsawan Mempersembahkan Malam Bangsawan Perdana Legenda Megat Panji AlamDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1999 
Buku Cikgu Maarof mempersembahkan bingkisan merdekaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka mempersembahkan Tamu di Bukit KennyDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1968 

Kembali ke atas