Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.nam] | منانم

Definisi : 1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ben­dang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menim­buni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia me­nyum­­pah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun mangkatlah, maka di­tanam orang hampir masjid; 3. = me­na­nam­­­kan menyebarkan sesuatu ajaran (faha­m­an dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah mena­nam­kan semula benih-benih kebang­saan yg telah patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll, memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan): pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, mem­biak­kan (benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm lumpur (ikan), mem­benamkan diri (dlm lumpur): puas aku men­cari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.nam] | منانم

Definisi : 1 membubuh, menabur atau memasukkan benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ~ jagung. 2 menaruh sesuatu di dlm lubang dan mengambusnya dgn tanah: Mereka ~ peti itu di belakang rumah. 3 ki menyebarkan ajaran (fahaman dll); membangkitkan atau memupuk (semangat, perasaan dsb): Semangat tolong-menolong patut ditanam dlm jiwa seorang. ~ budi berbuat baik kpd (terhadap). ~ cacar memasukkan benih cacar ke dlm tubuh utk mencegah penyakit cacar. ~ modal memasukkan modal ke dlm sesuatu perusahaan. ~ semula menanam pokok yg baru utk menggantikan pokok yg lama (tua). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanam
Kata Terbitan : bertanam, menanam, tertanam, penanam,

Puisi
 

Banyak orang menanam pulut,
     Saya seorang menanam padi;
Banyak orang karam di laut,
     Saya seorang karam di hati.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Menabur (= menanam) biji di atas batu.

Bermaksud :

Berbudi kepada orang yang tidak tahu membalas guna; memberi nasihat kepada orang yang tak mahu mengendahkannya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Menanam sayur keperluan sendiriDewan Bahasa dan PustakaTiada1983 
Menanam secara hidroponikDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1996983-62-5509-5
Menanam cili dalam pasuS.A. Abdul Majeed & Co.Tiada2009978-967322361-9
Menanam dan menjaga tanaman hiasan gantungS.A. Abdul Majeed & Co.Tiada 978-983-197-616-6
Menanam secara hidroponikDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20019836255095
Menanam pokok kayu bermutu di Semenanjung Malaysia - suatu ulang kajiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada  
Menanam sayur keperluan sendiriDewan Bahasa dan PustakaTiada1986 
Gotong Royong Menanam Pokok Di Sekitar Kilang Cetak DBPDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Sayoran untuk buku Mari Menanam SayorDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Berbagai jenis sayur-sayuran untuk projek buku Mari Menanam SayurDewan Bahasa dan PustakaTiada  

Kembali ke atas