Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.bar] | منچابر

Definisi : 1. menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, memper­soalkan, mempertikaikan: keputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain; 2. mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani: beliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah; dia ~ saya bertinju dengannya; 3. menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dll (bkn pekerjaan, tugas, usaha, dsb): pekerjaan itu sungguh ~; peranan DBP menjadi lebih ~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.bar] | منچابر

Definisi : 1 menyuruh seseorang melakukan sesuatu jika berani: Beliau telah ~ pegawai itu supaya mengulang tuduhan tsb. 2 mengajak berlawan utk menentukan siapa yg lebih kuat (lebih pandai dsb); menantang. 3 memerlukan ketabahan, kecekalan, keberanian dsb: tugas yg ~. 4 mempersoalkan sah atau tidaknya (keputusan, pengadilan dll): Tidak seorang pun yg boleh ~ keputusan mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencabar


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Budaya yang mencabarDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015 
UMNO Sabah mencabar dan dicabarPenerbit Fajar BaktiTiada1992 
Zaman yang mencabarDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1989983-62-0999-9
Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia di Bario Tiada2004 
Zaman yang mencabarDewan Bahasa dan PustakaTiada1992983-62-0999-9
Zaman yang mencabarDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1987 
Kota yang mencabarDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1988983-62-0627-2
Timbalan presiden : Anwar mencabar Ghafar Tiada1993 

Kembali ke atas